Quantcast
Channel: Wangolds - Underground Forex Traders Begin Here - Viral Isu Harian Berita Malaysia Terpantas, koleksi kantoi nafsu seks bogel liwat cium khalwat airmani gigolo perogol GRO, 999 Kemalangan Pembunuhan Rompak Samun , Mintak Simpati Tolong Viralkan Bantuan, Full Artikel Baca Paper Harian Metro Online High Definition Scan, Bencana Alam Kemusnahan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788

Jumlah Pelarian Perang Cecah 50 Juta Orang

$
0
0
GENEVA 20 Jun - Jumlah pelarian perang mencapai angka sebanyak 50 juta orang buat pertama kali sejak Perang Dunia Kedua, dengan pelarian di Syria mencatat bilangan terbesar, menurut Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) hari ini.

UNHCR menjelaskan, jumlah pelarian sehingga akhir tahun lalu mencecah 51.2 juta orang, menunjukkan peningkatan seramai enam juta berbanding tahun 2012.

Menurut laporan tahunan UNHCR yang dikeluarkan sempena Hari Pelarian Sedunia, konflik di Syria merupakan penyebab utama peningkatan jumlah pelarian.

Sejak perang saudara Syria bermula pada Mac 2011, sebanyak 2.5 juta rakyat keluar menyelamatkan diri dari negara itu, dengan 6.5 juta lari menjadi pelarian dalam negara.

Sementara itu, konflik di Republik Afrika Tengah dan Sudan Selatan turut mencetuskan lebih ramai pelarian.

"Kita melihat akibat yang teruk akibat peperangan yang tidak ditamatkan serta kegagalan menyelesaikan konflik.

"Keamanan kini dilihat semakin berkurangan. Pejuang hak asasi manusia boleh membantu, namun penyelesaian politik amat diperlukan. Tanpanya, masalah dan penderitaan ini akan berterusan," ujar UNHCR. - AFP

Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788