Quantcast
Channel: Wangolds - Underground Forex Traders Begin Here - Viral Isu Harian Berita Malaysia Terpantas, koleksi kantoi nafsu seks bogel liwat cium khalwat airmani gigolo perogol GRO, 999 Kemalangan Pembunuhan Rompak Samun , Mintak Simpati Tolong Viralkan Bantuan, Full Artikel Baca Paper Harian Metro Online High Definition Scan, Bencana Alam Kemusnahan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788

Lelaki Kuat Kelentong Tumpas

$
0
0
[Image: image.jpg]

Syed Ahmad Fadzli yang menyamar sebagai pegawai Maidam mengaku salah di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas 14 pertuduhan menipu orang awam termasuk OKU.

KUALA TERENGGANU - Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.

Itulah peribahasa yang boleh digambarkan ke atas nasib seorang penganggur yang layak digelar ‘raja kelentong’ apabila didakwa atas 14 pertuduhan menipu orang awam termasuk OKU, membabitkan kerugian RM16,070 di Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Syed Ahmad Fadzli Syed Ali, 43, didakwa melakukan perbuatan itu mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dengan cara menyamar sebagai pegawai Maidam.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu pada Mac 2013 hingga Februari 2014, di sekitar Kuala Terengganu.

Tertuduh didakwa telah menyamar sebagai pegawai Maidam dan memperdayakan mangsanya yang berusia antara 22 hingga 71 tahun, sehingga menyebabkan kerugian.

Syed Ahmad Fazli telah memperdayakan mangsanya untuk mempercayai dia boleh membantu menguruskan bantuan pembelian rumah kos sederhana rendah, motosikal bantuan Maidam, pembelian rumah bantuan Maidam, kerusi roda elektrik dan permohonan bantuan zakat Maidam.

Tertuduh juga telah memperdayakan mangsanya bagi bayaran kos harga tambang untuk pengangkutan sebuah mesin karipap, proses untuk mendapatkan sebuah motosikal Honda EX5 beroda tiga yang dilelong Maidam, menguruskan pembelian motosikal Honda EX5 serta menipu kehilangan motosikal dan mendorong mangsa menyerahkan wang bagi pembelian motosikal baharu.

Bagi setiap kesalahan itu, Syed Ahmad Fadzli berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebat, selain boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Sejurus pengakuan bersalahnya direkodkan, Majistret Noradila Ab Latif menetapkan 22 dan 24 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes di Mahkamah Majistret 1 dan 3, Kuala Terengganu.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788