Quantcast
Channel: Wangolds - Underground Forex Traders Begin Here - Viral Isu Harian Berita Malaysia Terpantas, koleksi kantoi nafsu seks bogel liwat cium khalwat airmani gigolo perogol GRO, 999 Kemalangan Pembunuhan Rompak Samun , Mintak Simpati Tolong Viralkan Bantuan, Full Artikel Baca Paper Harian Metro Online High Definition Scan, Bencana Alam Kemusnahan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788

Ulat Lelong Untung Atas Angin Minta Bayaran Untuk Tarik Diri Daripada Bidaan

$
0
0
[Image: Mega+Hartanah+Bumiputera+2012+3.JPG]



Kuala Lumpur: Taktik mengaut untung mudah dengan mengambil kesempatan terhadap bakal pembeli rumah bukan saja membabitkan ejen hartanah haram, malah ada yang mengambil kesempatan mengaut untung atas angin dengan menjadi ‘ulat lelong’ di mahkamah.

Taktik mereka mudah iaitu cuba berlagak sebagai pembida atau ejen kepada pembida lain dan membuat rundingan kepada mereka yang berminat terhadap hartanah yang dilelong supaya membayar sejumlah wang kepada mereka supaya menarik diri daripada bidaan di mahkamah.

Mereka bergerak dalam kumpulan tertentu yang kebiasaannya lebih lima orang. Operasi mereka mendekati dan memujuk pembida bermula sebaik tempoh masa menghantar draf bank dan borang tamat iaitu pada jam 9.30 pagi sehingga semua lelongan selesai.

Mereka sebenarnya tiada niat mahu membeli hartanah yang dilelong, sebaliknya mengambil kesempatan terhadap pembida terutama mereka yang benar-benar mahu membeli rumah.

Jika sesebuah hartanah yang dilelong itu menjadi sasaran ramai pembida, ‘ulat lelong’ mula bertindak sebagai ejen tidak rasmi kepada pembida yang boleh menawarkan pembayaran paling tinggi kepada mereka supaya memujuk pesaing lain termasuk sanggup membayar mereka supaya menarik diri.



Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788