KUALA TERENGGANU - Hanya kerana tidak melayan panggilan telefon dan membalas sistem pesanan ringkas (sms) yang dihantar, seorang wanita tidak menyangka kawan lelakinya tergamak mengungkit pemberian RM400 yang kononnya sebelum ini diberikan dengan ikhlas sebagai hadiah.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam Jumaat lalu, tindakan wanita yang berusia 45 tahun itu yang diam membisu, telah mengundang kemarahan lelaki berkenaan sehingga nekad mencarinya di rumah di Jalan Pasir Panjang, di sini, termasuk meminta semula wang tersebut.
Menurut sumber, lelaki itu yang datang ke rumah mangsa dalam keadaan marah-marah turut mempersoalkan tindakan wanita terbabit yang tidak menjawab panggilan serta membalas sms yang dihantar selama ini.
Katanya, perkenalan di antara wanita dan lelaki itu, bermula sejak akhir Disember tahun lalu.
Sinar Harian