Quantcast
Channel: Wangolds - Underground Forex Traders Begin Here - Viral Isu Harian Berita Malaysia Terpantas, koleksi kantoi nafsu seks bogel liwat cium khalwat airmani gigolo perogol GRO, 999 Kemalangan Pembunuhan Rompak Samun , Mintak Simpati Tolong Viralkan Bantuan, Full Artikel Baca Paper Harian Metro Online High Definition Scan, Bencana Alam Kemusnahan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788

Penerbangan Pesawat China Airlines Ke Taipei Ditunda Kerana Masalah Radar

$
0
0
[Image: 81401888873_295x200.jpg]



GEORGE TOWN: Sebuah pesawat China Airlines, CI0732, yang sepatutnya berlepas ke Taipei dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas di sini, pukul 5.10 petang ini akan ditunda sekali lagi berikutan masalah teknikal pada sistem radar.

Pegawai Trafik China Airlines Lee Wei Lin berkata pesawat yang membawa 150 penumpang itu sepatutnya berlepas pukul 10.30 malam semalam dan kesemua mereka sebelum ini ditempatkan sementara waktu di sebuah hotel di sini.

"Pihak kami sedang berusaha memperbaiki keadaan dan sebarang perubahan waktu penerbangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," katanya ketika dihubungi.

Seorang penumpang Tye Ee Houng, 27, berkata beliau telah mendaftar masuk bagasinya ke dalam pesawat berkenaan dan pada mulanya diberitahu penerbangan mereka dilewatkan dari pukul 5.10 petang kepada pukul 6.30 petang.

"Tetapi maklumat terbaru yang kami terima waktu penerbangan diubah pada pukul 7.30 petang. Saya juga tidak pasti dan kami masih diminta menunggu," katanya.

Beliau yang merupakan seorang guru akan bercuti di Taipei selama seminggu dan tidak berhasrat membatalkan tiket penerbangan itu.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788