![[Image: n_66557_1.jpg]](http://www.hurriyetdailynews.com/images/news/201405/n_66557_1.jpg)
Moscow: Sebuah roket Russia yang membawa satelit komunikasi terhempas semalam, hanya beberapa ketika selepas ia dilancarkan.
Jurucakap agensi angkasa Russia, Roscosmos berkata, enjin kawalan roket gagal berfungsi selepas sembilan minit dilancar dari pusat angkasa Baikonur di Kazakhstan.
Stesen televisyen menyiarkan rakaman roket Proton dan satelit Express-AM4P berharga AS$29 juta (RM94 juta) terbakar di atas Lautan Pasifik.
“Kami mempunyai situasi kecemasan,” stesen televisyen Channel One menyiarkan ulasan pengulas penerbangan Russia.
“Penerbangan berakhir,” kata pengulas.
Agensi Angkasa Roscosmos Russia berkata, mereka membentuk suruhanjaya khas bagi menganalisis data telemetri dan menemui sebab punca kegagalan misi berkenaan.
Channel One melaporkan satelit dihasilkan syarikat Astrium milik Airbus itu bertujuan memberi akses Internet ke rantau Russia yang mengalami kesukaran komunikasi.
Agensi berita RIA Novosti menyifatkan ia sebagai satelit Russia yang paling hebat dan canggih.
Russia memecat ketua Roscosmos sebelum ini, Vladimir Popovkin pada Oktober 2013 hanya kurang dari dua tahun selepas dilantik ke situ kerana gagal beberapa kali dalam pelancaran roket.
Ketua baru Roscosmos Oleg Ostapenko pula didakwa Presiden Vladimir Putin mengubah seluruh agensi berkenaan dengan menelan belanja besar.
- AFP
http://www.hmetro.com.my/myMetro/article...index_html