KUALA LUMPUR 9 Mei - Dua bekas pemain skuad hoki kebangsaan, Kevinder Singh dan Harvinder Singh menuntut ganti rugi daripada syarikat akhbar, Malay Mail Sdn. Bhd. dan dua yang lain setelah mendakwa satu artikel yang di*siarkan dua tahun lalu oleh akhbar The Malay Mail memfitnah mereka dan merosakkan reputasi adik-beradik terbabit.
Kevinder dan Harvinder men*dakwa, artikel bertajuk, The drun*kard, the gambler & the fixer bertarikh 9 Oktober 2012, antara lain membawa maksud, kedua-duanya adalah pemabuk dan melanggar undang-undang sehingga pihak polis terpaksa dipanggil untuk mengusir mereka dari sebuah hotel di Sydney, Australia telah ditulis dengan niat jahat.
Dalam pernyataan tuntutan yang difailkan pada 27 Februari 2013, Kevinder plaintif pertama dan Harvinder plaintif kedua menyatakan, kejadian itu berlaku semasa Kejohanan Sikh Australia di Sydney pada April 2012.
Selain syarikat akhbar tersebut, mereka menamakan pengarang akhbar The Malay Mail dan pengarang sukan akhbar tersebut, Johnson Fernandez masing-masing dinamakan sebagai defendan pertama hingga ketiga.
Pihak plaintif mendakwa, artikel tersebut juga menggambarkan mereka seorang yang kasar dan suka bergaduh, berkelakuan tidak senonoh, menyebabkan masalah serta kekacauan dalam pasukan Hoki Malaysia selain mewujudkan masalah dan bahaya di dalam pesawat.
Menurut pihak plaintif, fakta dan perkara dalam artikel tersebut merujuk kepada mereka kerana hanya mereka adik-beradik yang berketurunan Sikh yang berada dalam penerbangan dari Lapa*ngan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Sydney bagi kejohanan tersebut.
Akibat penerbitan itu, pihak plaintif mendakwa, mereka telah difitnah secara serius, mengalami kerugian besar, malu dan menerima banyak panggilan telefon yang menghina.
Pihak plaintif menyatakan, artikel itu disiarkan secara sensasi untuk meraih keuntungan dan sebelum penerbitan itu, pihak defendan tidak menghubungi mereka untuk mengesahkan fakta yang diterbitkan.
Walhal dakwa pihak plaintif, Kevinder telah menerima anugerah pemain terbaik dan pasukan hoki pihak plaintif meraih anuge*rah pasukan hoki paling berdisiplin semasa kejohanan itu.
Pihak plaintif sehubungan itu menuntut ganti rugi teruk atau ganti rugi teladan, kos serta faedah. Kes bersambung 29 Mei.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah...z31N3qPL57
© Utusan Melayu (M) Bhd