Quantcast
Channel: Wangolds - Underground Forex Traders Begin Here - Viral Isu Harian Berita Malaysia Terpantas, koleksi kantoi nafsu seks bogel liwat cium khalwat airmani gigolo perogol GRO, 999 Kemalangan Pembunuhan Rompak Samun , Mintak Simpati Tolong Viralkan Bantuan, Full Artikel Baca Paper Harian Metro Online High Definition Scan, Bencana Alam Kemusnahan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788

Dua Maut Lemas Banjir Di Mekah

$
0
0
[Image: lu_04.1.jpg]

Hujan lebat ketika umat Islam sedang mengerjakan rukun umrah di Mekah kelmarin.


JEDDAH 10 Mei - Dua orang maut dan sejumlah orang lain cedera apabila hujan lebat yang berlaku di Mekah malam kelmarin mengakibatkan berlakunya banjir kilat di kawasan tanah suci itu.

Portal berita Arab News yang memetik kenyataan saksi mela*porkan, banjir itu turut mengakibatkan berlakunya gangguan bekalan elektrik dan kerosakan kepada beratus-ratus kereta di kawasan perumahan di Mekah.

Ribuan jemaah umrah sedang menunaikan solat Isyak ketika hujan lebat itu turut terkandas di dalam Masjidil Haram selepas waktu Maghrib dengan kebanyakan mereka hanya boleh pulang ke kawasan penginapan mereka selepas tengah malam.

Jabatan Pertahanan di Hail berkata, lima adik beradik yang menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda cuba untuk mengharungi air banjir yang melimpah di Lembah Al-Khafj.

Bagaimanapun, arus deras banjir mengakibatkan ken*deraan mereka terbalik meng*akibatkan seorang daripada adik beradik itu mati akibat lemas selepas terperangkap manakala selebihnya berjaya menye*la*matkan diri.

Dalam satu lagi kejadian, jurucakap Pertahanan Awam di Mekah, Brigadier Jeneral Saleh Al-Alyani berkata, seorang ekspatriat Afrika ma*ut di daerah Mansour selepas dihempap sebatang pokok.

Menurut Al-Alyani, agensi itu menerima sebanyak 1,356 panggilan kecemasan dengan kebanyakan aduan melaporkan tentang kenderaan mereka terperangkap dalam banjir dan dihempap pokok.

Sebuah bilik gerakan khas telah diwujudkan di Mekah bagi memantau situasi dan menyelaras usaha bantuan dan pemindahan penduduk.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Neg...z31M3axznO
© Utusan Melayu (M) Bhd

Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788