Petaling Jaya: Walaupun pernah diserbu dua kali sebelum ini, sebuah pusat hiburan masih berdegil meneruskan operasinya malah turut dikesan menawarkan perkhidmatan gadis pelayan pelanggan (GRO) kepada pengunjungnya.
Bagaimanapun, pusat hiburan terbabit diserbu sekali lagi kira-kira jam 11.30 malam kelmarin dalam Ops Noda yang dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya sebelum menahan 34 GRO warga Thailand dan tempatan.
Ketua Operasi Asisten Superintendan Mohd Nazri Daud berkata, pemeriksaan mendapati premis terbabit tidak mempunyai lesen.
“Daripada 34 GRO terbabit 16 wanita warga Thailand manakala 18 warga tempatan berusia antara 22 hingga 38 tahun.
![[Image: xpix_gal1.pagespeed.ic.cB1GfjKfhe.webp]]()
Foto
ANTARA GRO yang ditahan.
“Ketika serbuan, terdapat 50 pelanggan sedang leka berhibur di pusat yang dibuka dari jam 6 petang hingga 4 pagi ini,” katanya.
Beliau berkata, empat GRO warga Thailand terbabit tidak mempunyai pasport. Mereka didapati menyalahguna pas lawatan sosial ke negara ini selain dikesan menawarkan khidmat seks kepada pelanggan yang dipercayai didalangi oleh ejen.
“Turut ditahan dalam serbuan ini seorang penjaga lelaki warga tempatan berusia 30-an,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya kini melakukan siasatan mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. “Semua yang ditahan kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk siasatan lanjut,” katanya.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/article...index_html

![[Image: xpix_gal1.pagespeed.ic.cB1GfjKfhe.webp]](http://1-ps.googleusercontent.com/x/www.hmetro.com.my/w1.hmetro.com.my/myMetro/articles/2014051023471020140510234710/xpix_gal1.pagespeed.ic.cB1GfjKfhe.webp)