Quote:Jaga terlampau ditumpas polis
Sungai Buloh: Tindakan gila seorang lelaki misteri yang gemar menculik pelajar sekolah sebelum dipaksa menjadi alat pemuas nafsu sejak sebulan lalu akhirnya terbongkar selepas dia diberkas tengah hari semalam.
Suspek yang juga seorang pengawal keselamatan berusia 34 tahun itu dikesan mempunyai nafsu gila apabila gemar memujuk mangsa dalam kalangan remaja lelaki supaya membuka seluar sebelum dicabul.
Sumber polis berkata, pihaknya yang menerima beberapa laporan berhubung kejadian itu sebelum ini bertindak melakukan risikan dan siasatan menerusi operasi Ops Cantas semalam.
Menurutnya, anggota polis melakukan intipan terhadap seorang pengawal keselamatan yang bertugas di sebuah pusat beli-belah di sini sekitar jam 12.30 tengah hari semalam.
Foto
PENGAWAL keselamatan yang diberkas polis ketika cuba mencabul seorang budak lelaki.
“Pemerhatian mendapati suspek yang bertugas di bahagian pakaian kanak-kanak di pusat beli-belah itu dilihat memujuk seorang pelajar lelaki supaya mengikutnya menaiki motosikal.
“Anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) kemudian melihat suspek membawa pelajar lelaki itu menaiki sebuah motosikal model Demak ke kawasan Perindustrian SB Jaya di sini,” katanya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/article...index_html
KUALA LUMPUR 10 Mei - Akibat ketagih seks, seorang pengawal keselamatan sanggup melarikan seorang kanak-kanak lelaki sebelum melakukan seks luar tabii di kawasan Perindustrian SB Jaya, Sungai Buloh, dekat sini semalam.
Difahamkan, suspek yang berusia 34 tahun dan bekas banduan atas kesalahan seksual itu telah memaksa seorang pelajar tingkatan satu membonceng motosikalnya kira-kira pukul 12.20 tengah hari.
Suspek dikatakan telah mengugut untuk mencederakan mangsa dan kemudian melarikan kanak-kanak terbabit ke sebuah kawasan sunyi sebelum menanggalkan seluar mangsa.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supritendan Junaidi Bujang berkata, perbuatan suspek sebenarnya dalam pemerhatian anggota peronda yang kebetulan menjalankan rondaan di kawasan tersebut.
"Anggota berkenaan ternampak suspek sedang memaksa seorang pelajar sekolah menengah menaiki motosikal dan kemudian bertindak mengekori kedua-duanya.
"Suspek telah menghilangkan diri di satu kawasan yang sunyi namun anggota polis kemudian menemui suspek yang dalam keadaan mencurigakan," katanya di sini.
Mengulas lanjut, beliau memberitahu, anggota itu melihat suspek sedang melakukan seks oral dan turut merakamkan gambar kemaluan mangsa.
"Suspek telah ditangkap oleh anggota polis itu dan ketika dalam siasatan awal, kami mendapati lelaki itu telah melakukan perbuatan sama terhadap tiga kanak-kanak lain sebelum ini.
"Suspek juga mengaku ketagihan seks luar tabii mendorong dia melakukan kegiatan tidak bermoral tersebut," katanya.
Ujar Junaidi, mangsa yang ditemu bual memberitahu, suspek sebenarnya memperdayakan dirinya dengan mengaku sebagai kawan abangnya.
" Kita turut mendapati suspek sebenarnya telah dipenjarakan selama 12 bulan atas kesalahan cabul dan dalam kes ini, polis telah merampas lima buah telefon bimbit untuk siasatan lanjut," katanya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/...z31FImQKcC
© Utusan Melayu (M) Bhd