![[Image: 1399609161977.jpg-620x349.jpg]](http://images.smh.com.au/2014/05/09/5412373/1399609161977.jpg-620x349.jpg)
Robert Xie bersama isterinya.
Sydney: Seorang lelaki dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh lima sekeluarga menggunakan objek seperti tukul, semalam.
Dalam prosiding di mahkamah, Robert Xie didakwa menyimpan dendam terhadap mangsa terbabit dan membelasah mereka dengan “objek seperti tukul.”
Xie, 50, dituduh membunuh abang iparnya, Norman Lin; isteri Lin, Lily; dua anak mereka, Henry, 12, dan Terry, 9, serta kakak Lily, Irene.
Mangsa ditemui mati di rumah mereka di Sydney pada Julai 2009.
Xie - pakar bedah telinga, hidung dan kerongkong di China sebelum berpindah ke Australia pada 2002 - mengaku tidak bersalah.
Pendakwa Mark Tedeschi berkata, pembunuhan berlaku antara lepas tengah malam dan 5 pagi.
Lin sepatutnya bangun pada waktu itu untuk bertugas menghantar akhbar kepada penduduk setempat.
- AFP
http://www.hmetro.com.my/myMetro/article...index_html