Ipoh: Cuba menutup pintu masuk serta mengarahkan pelayan pelanggan (GRO) melarikan diri menerusi pintu belakang dan bersembunyi di belakang pintu bilik air.
Itu tindakan dilakukan penjaga premis dan pekerja sebuah pusat pelacuran di Jalan CM Yusof dan premis hiburan di Jalan Musthapa Al Bakri, di sini, selepas mengetahui premis terbabit diserbu Jabatan Imigresen Perak dalam serbuan berasingan pada petang dan malam, kelmarin.
Dalam serbuan di Jalan CM Yusof, jam 1.45 tengah hari, anggota Jabatan Imigresen Perak diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Perak, Fara Natasha Ghafar menahan 13 pekerja premis berkenaan iaitu enam lelaki serta tujuh wanita.
Fara berkata, seramai 18 pekerja premis terbabit diperiksa sebelum menahan 13 daripadanya kerana menyalahgunakan pas pelancong, tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah serta terbabit dengan aktiviti tidak bermoral.
Menurutnya, pelbagai helah cuba dilakukan penjaga premis ketika serbuan, namun pihaknya berjaya menahan semua mereka walaupun ada antaranya cuba melarikan diri.
“Daripada 18 diperiksa, enam daripadanya warga tempatan manakala selebihnya warga asing. Seramai 13 yang ditahan pula adalah dua warga tempatan, tiga Bangladesh, satu Indonesia, lima Thailand dan dua India.
“Dua warga tempatan berkenaan adalah penjaga premis berkenaan manakala lima wanita Thailand ditahan atas kesalahan menyalahgunakan pas pelancong dan terbabit dalam aktiviti tidak bermoral termasuk dua wanita India yang didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan sah,” katanya.
Sementara itu, dalam serbuan selama sejam di premis hiburan di Jalan Musthapa Al Bakri, di sini, bermula jam 11 malam, pemeriksaan dijalankan ke atas 20 lelaki dan seorang wanita warga Malaysia dan 11 perempuan warga asing membabitkan 10 warga Vietnam dan seorang warga China.
Fara berkata, tangkapan dibuat ke atas 11 wanita warga asing kerana tinggal di negara ini tanpa pas sah dan melanggar syarat pas.
“Ketika serbuan, ada antara mereka cuba melarikan diri, namun ikepung anggota bertugas. Sebelum memberi kerjasama untuk pemeriksaan dokumentasi,” katanya.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/article...index_html