Quantcast
Channel: Wangolds - Underground Forex Traders Begin Here - Viral Isu Harian Berita Malaysia Terpantas, koleksi kantoi nafsu seks bogel liwat cium khalwat airmani gigolo perogol GRO, 999 Kemalangan Pembunuhan Rompak Samun , Mintak Simpati Tolong Viralkan Bantuan, Full Artikel Baca Paper Harian Metro Online High Definition Scan, Bencana Alam Kemusnahan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788

Tribunal Minta Tuntutan Rugi Umrah Biarlah Munasabah, Bayar Rm8k Tapi Tuntut Rm25k

$
0
0
Shah Alam: Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) di sini semalam mengarahkan lima sekeluarga dan juga agensi pelancongan Dasree Travel and Tours (DTT) mengadakan perbincangan semula bagi mencari jalan penyelesaian terbaik tanpa membabitkan tribunal berkaitan tuntutan ganti rugi sebanyak RM125,000 dibuat kelima-lima individu berkenaan terhadap DTT.

Lima sekeluarga terbabit yang diwakili Othman Ahmad, 67, membuat tuntutan sebanyak RM25,000 setiap seorang dengan mendakwa DTT melanggar perjanjian kontrak pakej Umrah dan Ziarah Baitulmaqdis selepas kunjungan mereka dipendekkan daripada 14 hari kepada 12 hari pada 7 Februari lalu.


Presiden TTPM Maznah Haron bagaimanapun berkata, tuntutan dibuat keluarga berkenaan sebanyak RM25,000 setiap seorang terhadap DTT adalah melampaui kos yang dikeluarkan setiap individu terbabit yang hanya membayar RM8,200.



Beliau berkata, melalui TTPM, pengguna hanya boleh menuntut kerugian kos dan bukannya ganti rugi terhadap kesan serta akibat daripada kerugian kos berkenaan.


“Tuntutan kerugian kos yang ingin dibuat perlulah diperincikan dengan nilai yang munasabah. Selain itu, alasan tuntutan juga mestilah kukuh dan memerlukan pembuktian yang lengkap.


“Pengguna juga harus tahu, TTPM hanya boleh menyelesaikan tuntutan berkenaan barang dan perkhidmatan sahaja, apa-apa yang tidak boleh dinilai seperti ganti rugi am, ganti rugi khas, dan juga teladan adalah di luar bidang kuasa tribunal,” katanya kepada kedua-dua pihak, di sini, semalam.

Beliau kemudian memutuskan tuntutan akan didengar semula pada 27 Mei ini.


Sementara itu, Pengarah Urusan DTT Zulkifli Wan Ahmad, 42, ketika ditemui selepas perbicaraan berkata, pihaknya akan mengemukakan saman malu terhadap lima sekeluarga terbabit kerana cuba mencalarkan imej agensinya yang telah beroperasi lebih 20 tahun itu.

“Tiada apa yang perlu dibincangkan lagi kerana mereka tidak pernah menghubungi saya mahupun syarikat sebelum membawa perkara ini kepada tribunal pengguna.


“Tuntutan yang dibuat juga tidak berasas kerana mereka tidak terkandas di mana-mana dan polisi syarikat kami juga berhak membuat sebarang perubahan tanpa notis semasa program berjalan,” katanya.



http://www.hmetro.com.my/myMetro/article...index_html

Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788