Quantcast
Channel: Wangolds - Underground Forex Traders Begin Here - Viral Isu Harian Berita Malaysia Terpantas, koleksi kantoi nafsu seks bogel liwat cium khalwat airmani gigolo perogol GRO, 999 Kemalangan Pembunuhan Rompak Samun , Mintak Simpati Tolong Viralkan Bantuan, Full Artikel Baca Paper Harian Metro Online High Definition Scan, Bencana Alam Kemusnahan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788

[hmetrodunia]_psy Minta Maaf Kerana Persembahan Antiamerika

$
0
0
Psy minta maaf kerana persembahan antiAmerika





*****
*****


SEOUL: Penyanyi megastar Korea Selatan, Psy (gambar) yang terkenal dengan lagu hit “Gangnam Style” semalam meminta maaf kerana membuat persembahan antiAmerika sedekad lalu, menjelang persembahannya sempena perayaan Krismas yang akan dihadiri Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.


Pada 2002, Psy mengecam kereta kebal AS sebagai tanda protes terhadap kehadiran tentera negara itu di Korea Selatan dan kematian dua remaja Korea Selatan yang dirempuh oleh kenderaan dipandu seorang anggota tentera AS.

Dua tahun kemudian, dia menyanyikan sebuah lagu dengan lirik berbaur kontroversi apabila menulis, “pembunuhan oleh Yankee yang menyeksa tawanan Iraq...membunuh anak perempuan, ibu, menantu dan bapa mereka...membunuh mereka secara perlahan-lahan melalui penyeksaan”. Menurutnya, lirik lagu itu adalah sebahagian “reaksi emosi paling dalam” terhadap perang di Iraq dan kematian dua pelajar sekolah yang menjadi “sebahagian sentimen antiperang yang dikongsi bersama orang lain di seluruh dunia.” Psy mengeluarkan kenyataan minta maaf itu selepas laporan mengenai pembabitannya dalam dua persembahan yang menyelar tentera AS pada 2004 itu disiarkan media negara terbabit kelmarin. - AFP/Reuters


*****
*****
















http://www.hmetro.com.my/articles/Psymin.../artikelMA

Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788