Quantcast
Channel: Wangolds - Underground Forex Traders Begin Here - Viral Isu Harian Berita Malaysia Terpantas, koleksi kantoi nafsu seks bogel liwat cium khalwat airmani gigolo perogol GRO, 999 Kemalangan Pembunuhan Rompak Samun , Mintak Simpati Tolong Viralkan Bantuan, Full Artikel Baca Paper Harian Metro Online High Definition Scan, Bencana Alam Kemusnahan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788

Dua Warga Emas Berbasikal Ke Mekah

$
0
0
PENGKALAN HULU 11 April - Selepas bersara daripada perkhidmatan, dua warga emas berhasrat memenuhi impian mereka untuk berbasikal ke Mekah.

Nekad mencapai impian itu, bekas anggota komando Unit Payung Terjun Angkatan Tentera Malaysia Abd Karim Salleh, 64, dan pesara guru, Ramli Yusop, 63, memulakan kayuhan mereka dari Semenyih, Selangor ke Pengkalan Hulu, Sabtu lepas sebelum meninggalkan Malaysia melalui Betong, Thailand hari ini.

Hasrat berbasikal ke Mekah dirancang sejak setahun lalu dan mereka yakin dapat sampai ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah.

Selain ke Mekah, kedua-dua individu itu juga berhasrat ke Madinah serta menziarahi masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis.

Perjalanan kedua-dua mereka yang berasal dari Selangor itu akan melalui India, Iran, Pakistan, Emiriah Arab Bersatu, Makkah, Madinah, Baitulmaqdis, Jordan, Palestin, Iraq dan Turki.

Menurut Ramli, perjalanan ke Mekah dijangka mengambil masa lebih tiga bulan.

``Saya akan terus melakukan kayuhan selepas pulang dari Mekah bagi membuktikan bahawa rakyat Malaysia juga mampu melakukan apa yang dilakukan mereka dari negara lain,'' katanya ketika ditemui pemberita sebelum memulakan kayuhan meninggalkan Malaysia di sini, hari ini.

Sementara itu, Abd. Karim berkata, projek kayuhan basikal itu mendapat sokongan dan bantuan Kementerian Belia dan Sukan, Persatuan Veteran Komando Malaysia serta menerima sumbangan daripada pelbagai pihak.

``Kami hargai dan sanjung tinggi bantuan dan sumbangan semua pihak hingga misi kayuhan ini berhasil,'' katanya.

Kedua-duanya yang kelihatan bersemangat berharap hasrat mereka untuk tiba dengan selamat ke destinasi impian dengan hanya berbasikal tercapai. - BERNAMA



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Ne...z2ya5i3kSV
© Utusan Melayu (M) Bhd

Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788