*****
*****
JAKARTA: Penjawat awam di bandar raya ini memulakan hari pertama bekerja tahun ini dengan mengenakan pakaian tradisional Betawi sebagaimana diarahkan Gabenor Joko ‘Jokowi’ Widodo yang mahu menyerlahkan budaya asal Jakarta di ibu negara Indonesia itu.
Penolong pentadbiran di pejabat hal ehwal pentadbiran, Sylviana Murni berkata, Jokowi telah menandatangani undang-undang baru gabenor Disember lalu mengerahkan bagaimana penjawat awam perlu berpakaian pada hari bekerja.
“Undang-undang itu berkuatkuasa kelmarin. bagaimanapun, kerajaan memberikan masa kepada penjawat awam untuk menyesuaikan undang-undang baru itu,” katanya ketika membuat pengumuman di dewan bandar raya.
*****
*****
Di bawah undang-undang itu, penjawat awam perlu memakai uniform hijau masyarakat (linmas) pada hari Isnin, uniform khaki biasa pada Selasa, batik tradisional Betawi pada Rabu dan batik pada Khamis dan Jumaat. Undang-undang baru itu menambah pakaian Betawi pada kod pakaian lama. Batik disertakan dalam kod pakaian penjawat awam sejak beberapa tahun lalu, ekoran popularitinya yang kian meningkat. - JP
http://www.hmetro.com.my/articles/Penjaw.../artikelMA