Quantcast
Channel: Wangolds - Underground Forex Traders Begin Here - Viral Isu Harian Berita Malaysia Terpantas, koleksi kantoi nafsu seks bogel liwat cium khalwat airmani gigolo perogol GRO, 999 Kemalangan Pembunuhan Rompak Samun , Mintak Simpati Tolong Viralkan Bantuan, Full Artikel Baca Paper Harian Metro Online High Definition Scan, Bencana Alam Kemusnahan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788

Kenyataan Rasmi Ikhwan Muslimin Mengenai Hukuman Mati Ke Atas 529 Orang

$
0
0
Kumpulan yang menggulingkan Presiden Morsi (Military Coup) sekali lagi menzahirkan wajahnya yang sebenar, merekalah musuh rakyat Mesir, musuh kepada kehidupan, keadilan, kebebasan dan demokrasi.

Mereka telah memperalatkan segala institusi kerajaan berlawanan dengan tugas institusi itu yang sebenar.

Mereka mempergunakan tentera dan polis untuk membunuh rakyat dan menumpahkan darah mereka, dan ia tidak pernah dilakukan oleh mana-mana penjajah asing.

Mereka juga menggunakan sistem kehakiman untuk menjatuhkan hukuman mati beramai-ramai ke atas orang yang tidak bersalah dalam menyebabkan kematian di Dansyawi.

Keputusan mahkamah jenayah Al-Mania hari ini yang telah menjatuhkan hukuman mati ke atas 529 peserta demonstrasi menjadi bukti atas segala perkara tersebut.

Mahkamah yang baru mula bersidang satu hari sejak semalam, dalam beberapa minit telah membuat keputusan dalam tempoh 48 jam.

Dengan keadaan fail penghakiman yang tebalnya ribuan muka surat dan diyakini hakim tidak membaca langsung isi kandungannya.

Kenyataan tertuduh juga tidak didengar, apatah lagi pengakuan saksi dan hujah peguam bela, lalu keputusan perbicaraan dilafazkan dalam masa 5 minit sahaja.

Keputusan penghakiman ini tidak akan memberikan apa-apa kesan kepada para pendemonstran melainkan akan menguatkan lagi semangat dan ruh perjuangan untuk menjatuhkan kumpulan perampas kuasa.

Melalui penghakiman ini, kumpulan perampas kuasa berniat untuk menghentikan revolusi Mesir yang bergerak secara aman, tetapi dengan izin Allah ia tidak berlaku.

Revolusi ini akan tetap diteruskan dalam keadaan aman. Sebarang kezaliman pihak mereka hanya akan menambah kekuatan kami yang akan terus melawan kumpulan perampas kuasa. Kami akan terus mencari kebebasan, kemuliaan dan kedaulatan kami.

“Dan orang-orang zalim akan mengetahui tempat kembali yang akan mereka pergi (setelah mereka mati dan dibangunkan semula akhirat nanti.” (Surah Al-Syu’araa : 227)

Allahu Akbar, Wa Lillahil Hamd

Ikhwan Muslimin
Isnin
23 Jamadil Awwal 1435H
24 Mac 2014

Diterjemah daripada artikel asal di laman web ikhwanonline.com

Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788