Quantcast
Channel: Wangolds - Underground Forex Traders Begin Here - Viral Isu Harian Berita Malaysia Terpantas, koleksi kantoi nafsu seks bogel liwat cium khalwat airmani gigolo perogol GRO, 999 Kemalangan Pembunuhan Rompak Samun , Mintak Simpati Tolong Viralkan Bantuan, Full Artikel Baca Paper Harian Metro Online High Definition Scan, Bencana Alam Kemusnahan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788

Mas Minta Keluarga Bersedia Dengan Pasport

$
0
0
SEPANG: Penerbangan Malaysia (MAS) difahamkan telah meminta anggota keluarga penumpang pesawat MH370 yang dilaporkan hilang ketika dalam penerbangan ke Beijing, China, supaya bersedia dengan pasport masing-masing dan berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 6 petang ini.

Suhaili Mustafa, yang bersaudara dengan seorang daripada penumpang pesawat itu memberitahu pemberita di sini, abang dan ibu beliau akan berada di KLIA petang ini.


Suhaili adalah anak saudara Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek Ahmad.

Sementara itu, Putih Idris, 68, berkata menantunya Nor Fadzilah Mat Rahim, 37, turut menaiki pesawat ke Beijing itu atas urusan kerja.


"Kami mendapat info daripada MAS pada pukul 6.30 pagi tadi, saya doakan dia selamat. Dia menantu yang baik," katanya.


Beliau berkata anaknya iaitu suami Nor Fadzilah, akan bersedia di KLIA untuk menaiki penerbangan ke lokasi insiden yang belum ditentukan lagi.

Suasana di KLIA kecoh sedikit apabila keluarga penumpang keluar dari anjung tinjau KLIA iaitu tempat berkumpul keluarga terlibat lalu diserbu media untuk ditemu bual.

Beberapa anggota keluarga yang ditemui enggan ditemu bual kerana terlalu sedih. - Bernama


http://www.hmetro.com.my/myMetro/article...e?mutakhir

Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788