PUTRAJAYA: Media Prima Berhad (MPB) mengagihkan sumbangan bernilai RM1.88 juta kepada 235 sekolah yang terjejas akibat banjir yang melanda beberapa negeri dari November 2013 hingga Februari lalu. Sumbangan itu adalah yang diterima daripada orang ramai dan pelbagai pihak melalui Tabung Bencana NSTP-Media Prima.
Penyerahan sumbangan disampaikan oleh Penasihat Tanggungjawab Sosial Korporat Kumpulan MPB Datuk Ahmad A Talib kepada enam pengarah pendidikan negeri bagi sekolah yang terbabit.
Majlis disaksikan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kementerian Pendidikan di sini, sebentar tadi.
Setiap sekolah yang terjejas akan menerima sumbangan berjumlah RM8,000 bagi membantu pihak sekolah menampung kos baik pulih dan peralatan yang terjejas akibat banjir baru-baru ini.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/article...index_html