*****
*****
BEIJING: Polis di bandar di selatan China yang bersempadan dengan Vietnam bertempur dengan ribuan orang yang merusuh selepas penjawat agensi antipenyeludupan mengasari seorang penduduk tempatan, kata kerajaan dan kumpulan hak asasi kemanusiaan semalam.
Insiden itu berlaku di bandar Dongxing di wilayah autonomi Guangxi Zhuang. Perusuh memusnahkan beberapa kenderaan polis serta bertempur dengan mereka. “Lima anggota polis cedera ringan dan sembilan kenderaan penguatkuasa antipenyeludupan dirosakkan, tetapi tiada kematian dilaporkan,” kata biro keselamatan awam Fangchenggang yang bertanggungjawab mengawal keselamatan di Dongxing.
Menurut Pusat Maklumat untuk Hak Asasi Kemanusiaan dan Demokrasi yang berpangkalan di Hong Kong, seramai 10,000 orang menyertai rusuhan itu dan lebih 20 kenderaan anggota polis dan kastam dipecah atau dibakar. - AFP
*****
*****
http://www.hmetro.com.my/articles/Ribuan.../artikelMA