Quantcast
Channel: Wangolds - Underground Forex Traders Begin Here - Viral Isu Harian Berita Malaysia Terpantas, koleksi kantoi nafsu seks bogel liwat cium khalwat airmani gigolo perogol GRO, 999 Kemalangan Pembunuhan Rompak Samun , Mintak Simpati Tolong Viralkan Bantuan, Full Artikel Baca Paper Harian Metro Online High Definition Scan, Bencana Alam Kemusnahan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788

3 Lelaki Didakwa Bunuh Pegawai Jpj Pada Tahun Lepas

$
0
0
resim
Mohammad Khalifah (kanan), S. Ragu (tengah) dan Abdul Shukur dihadapkan ke mahkamah atas perbunuhan membunuh seorang pegawai JPJ tahun lalu di Mahkamah Majistret Pontian di sini hari ini. Foto oleh NUR AISYAH MAZALAN

resim
resim

PONTIAN - Tiga rakan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) daerah Pontian, awal tahun lalu.

Tertuduh, Mohammad Khalifah Yahya, 24, Abdul Shukur Abdul Ghani, 26, dan S. Ragu, 38, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada ketiga-tiga tertuduh di hadapan Majistret Azlan Bohari.

Mengikut kertas pertuduhan, ketiga-tiga penganggur itu didakwa bersama-sama membunuh Jaiman Sapar, 53, di halaman sebuah rumah tidak bernombor di Parit Pak Intan, Kayu Ara Pasong di sini.

Perbuatan itu didakwa dilakukan ketiga-tiga lelaki berkenaan kira-kira pukul 1 tengahari, 27 Januari 2017.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 15 Mac depan sebagai sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasat serta penetapan tarikh untuk kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Johor Bahru. - Kosmo

Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788