Quantcast
Channel: Wangolds - Underground Forex Traders Begin Here - Viral Isu Harian Berita Malaysia Terpantas, koleksi kantoi nafsu seks bogel liwat cium khalwat airmani gigolo perogol GRO, 999 Kemalangan Pembunuhan Rompak Samun , Mintak Simpati Tolong Viralkan Bantuan, Full Artikel Baca Paper Harian Metro Online High Definition Scan, Bencana Alam Kemusnahan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788

Cubaan Warga Emas Gantung Diri Gagal, Sempat Diselamatkan

$
0
0
resim
Cucu mangsa menafikan datuknya berdepan masalah kewangan.

KUCHING - Cubaan seorang warga emas untuk menamatkan riwayat hidupnya dengan menggantung diri gagal selepas dia sempat diselamatkan orang awam yang kebetulan melalui bulatan Jalan Astana di sini lewat petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisoner Abang Ahmad Abang Julai berkata, lelaki berusia 72 tahun itu cuba menggantung diri pada dahan sebatang pokok di sini kira-kira pukul 6.55 petang.

"Bagaimanapun, orang awam yang kebetulan melalui jalan itu segera menyelamatkannya dan menghubungi polis bagi memaklumkan kejadian berkenaan.

"Keadaan mangsa kini dilaporkan sudah stabil, namun masih lagi lemah dan sedang menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS)," katanya ketika dihubungi tadi.

Menurutnya, mangsa dikatakan mempunyai masalah Parkinson sejak pertengahan 2016.

Katanya, mangsa juga sering bercakap seorang diri dan berperangai pelik. - Kosmo

Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788