Quantcast
Channel: Wangolds - Underground Forex Traders Begin Here - Viral Isu Harian Berita Malaysia Terpantas, koleksi kantoi nafsu seks bogel liwat cium khalwat airmani gigolo perogol GRO, 999 Kemalangan Pembunuhan Rompak Samun , Mintak Simpati Tolong Viralkan Bantuan, Full Artikel Baca Paper Harian Metro Online High Definition Scan, Bencana Alam Kemusnahan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788

Ada Lesen, Tapi Penunggang Bersama Kekasih Panik Lawan Arus Sebelum Tergolek

$
0
0
Ada lesen, tapi penunggang panik lawan arus sebelum tergolek

resim
GELAGAT seorang lelaki berkasih sayang bersama kekasihnya selepas cedera akibat cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya ketika Op Samseng Jalanan dijalankan di hadapan bangunan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). FOTO Muhammad Sulaiman

AKIBAT panik melihat sekatan jalan raya, lelaki dan kekasihnya nyaris kehilangan nyawa selepas terbabit kemalangan ketika cuba menongkah arus bagi mengelak ditahan pihak berkuasa di Persiaran Perbandaran Shah Alam, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 1 pagi itu, pasangan berusia 20 tahun yang menunggang motosikal Yamaha LC dilihat berpatah balik selepas beberapa anggota polis cuba menahannya ketika operasi dijalankan di sekitar kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, tidak sampai 100 meter selepas melawan arus, terdengar bunyi dentuman kuat dan pasangan itu didapati sudah terbaring di atas jalan raya akibat terbabas dan melanggar tembok pembahagi jalan.

Nasib menyebelahi mereka apabila kedua-duanya hanya cedera di kepala, tangan dan kaki.

Pemeriksaan lanjut polis mendapati lelaki terbabit mempunyai lesen dan cukai jalan motosikal yang sah.

Apabila ditanya mengapa melarikan diri, dia memaklumkan panik melihat beberapa mat rempit berpatah balik bagi mengelak ditahan dan menyebabkan dirinya turut melakukan perkara sama.

"Pada waktu itu, saya tidak memikirkan apa-apa kecuali rasa takut dan terus menunggang dengan laju.

"Ketika jatuh, saya memang menyesal dan mujur usia masih panjang," katanya ketika ditemui pemberita yang turut menyertai operasi itu.

Lelaki itu bagaimanapun dikenakan saman kerana kesalahan tiada cermin sisi dan ekzos tidak menepati standard ditetapkan.

Operasi itu disertai seramai 15 anggota trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, 25 sukarelawan polis dan 16 anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, dalam operasi selama dua jam itu, sebanyak 60 saman dikeluarkan terutama kepada penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan.

"Pecahan saman antaranya membabitkan 17 kesalahan nombor plat tidak mengikut spesifikasi, tiada lesen (16), ekzos (6) dan lima tiada cermin sisi serta lesen tamat tempoh.

"Sebanyak 16 motosikal turut disita untuk tindakan lanjut," katanya. - Metro

Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788