Quantcast
Channel: Wangolds - Underground Forex Traders Begin Here - Viral Isu Harian Berita Malaysia Terpantas, koleksi kantoi nafsu seks bogel liwat cium khalwat airmani gigolo perogol GRO, 999 Kemalangan Pembunuhan Rompak Samun , Mintak Simpati Tolong Viralkan Bantuan, Full Artikel Baca Paper Harian Metro Online High Definition Scan, Bencana Alam Kemusnahan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788

Cuaca Sejuk Mencengkam, Kabus Tebal Di Kuala Krai

$
0
0
resim
resim
resim
NUR Maisara Razali, 6, dari Kampung Tualang memakai baju tebal untuk ke sekolah berikutan cuaca sejuk dengan suhu mencecah 18.4 darjah Celsius. - Foto Rohaida Omar

KOTA BHARU: Cuaca sejuk dan kabus tebal di Kuala Krai awal pagi tadi adalah disebabkan tiupan angin sejuk dari Tanah Besar China dalam fasa monsun timur laut.

Pengarah Jabatan Meteorologi Kelantan, Rabiah Al Adawiyah Zakaria, berkata Februari juga adalah tempoh yang mana suhu minimum harian terendah dicatatkan.

"Keadaan suhu sejuk ini juga berlaku di beberapa lokasi lain seperti Kerteh di Terengganu yang turut mencatatkan penurunan suhu minimum harian. Namun, tiupan angin terbabit tidak menyebabkan hujan lebat.

"Cuaca sejuk ini berlaku sejak semalam dengan suhu terendah 18.4 darjah Celsius bermula jam 6 hingga 8 pagi dan akan berubah kepada suhu maksimum pada waktu petang dengan mencecah 32.7 darjah Celsius," katanya ketika dihubungi.

Kuala Krai pernah mencatat suhu paling rendah iaitu 15.7 darjah Celsius pada tahun 2014. - BHarian

Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788