
Polis percaya tindakan kejam itu dilakukan kerana suspek terlalu marah dan hilang sabar.
NEW DELHI - Rimas mendengar tangisan bayinya yang kelaparan, seorang ibu mengelar leher anak perempuannya menggunakan sabit di sebuah perkampungan di Madhya Pradesh, India.
Menurut jurucakap polis, CB Singh, jiran mengesyaki sesuatu yang buruk berlaku selepas mendapati tangisan kanak-kanak berusia setahun itu berhenti secara tiba-tiba sebelum melihat ibu mangsa keluar rumah tanpa membawa anaknya.
"Beberapa jiran memecahkan pintu rumah suspek dan terkejut melihat bayi berkenaan terbaring berlumuran darah.
"Bayi itu menangis kerana ingin susu ketika ibunya sedang sibuk di dapur. Disebabkan terlalu marah dan hilang sabar, dia mengambil sabit dan mengelar leher anaknya hingga mati," katanya. - NDTV/Sinar