Quantcast
Channel: Wangolds - Underground Forex Traders Begin Here - Viral Isu Harian Berita Malaysia Terpantas, koleksi kantoi nafsu seks bogel liwat cium khalwat airmani gigolo perogol GRO, 999 Kemalangan Pembunuhan Rompak Samun , Mintak Simpati Tolong Viralkan Bantuan, Full Artikel Baca Paper Harian Metro Online High Definition Scan, Bencana Alam Kemusnahan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788

Kongsi Gelap Geng 360 Tumpas Di Johor, Rm6.5 Juta Dirampas

$
0
0
resim
KERETA mewah yang dirampas pasukan polis daripada kumpulan kongsi gelap, Geng 360 pada sidang media di Ibu Pejabat Kontijen Polis (IPK) Johor. - Foto Zain Ahmed

resim
JAM tangan mewah yang dirampas pada sidang media di Ibu Pejabat Kontijen Polis ( IPK) Johor. - Foto Zain Ahmed

resim
WANG tunai yang dirampas pasukan polis pada sidang media di Ibu Pejabat Kontijen Polis ( IPK) Johor. - Foto Zain Ahmed

JOHOR BAHRU: Polis Johor menumpaskan kumpulan kongsi gelap, Geng 360 yang dipercayai bergerak selama lebih 20 tahun, menerusi penahanan 35 lelaki di seluruh negara sejak Disember tahun lalu.

Tangkapan dibuat hasil operasi khas Polis Johor dengan bantuan Bukit Aman, susulan pembunuhan seorang ahli kongsi gelap di sebuah stesen minyak Taman Pelangi, Johor Bahru pada 17 Disember 2017.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd, berkata Geng 360 adalah pertubuhan haram yang mempunyai kaitan rapat dengan kes pembunuhan berkenaan dan pihaknya mengenal pasti hampir 100 individu terbabit dengan kumpulan terbabit.

"Kes pembunuhan itu dapat diselesaikan dan hasil siasatan, kita membongkar rangkaian Geng 360 di Johor yang terbabit dengan aktiviti kekerasan, dadah serta penyeludupan.

"Kira-kira 100 anggota geng ini dikenal pasti dan sejak operasi dijalankan, seramai 35 orang sudah ditahan.

"Kita akan terus memburu saki-baki anggota kumpulan itu walaupun ada yang dipercayai melarikan diri dari negeri ini," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini, hari ini.

Mohd Khalil berkata, siasatan dibuat mengikut Seksyen 130 V Kanun Keseksaan kerana menjadi ahli kumpulan jenayah terancang dan Seksyen 130W kanun sama kerana membantu ahli kumpulan jenayah terancang.

Katanya, semua yang ditahan berusia antara 20 hingga 69 tahun dan direman 28 hari mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 sebelum ini.

"Mereka akan didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, esok," katanya.

Beliau berkata, siasatan turut dibuat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Ia bertujuan membeku dan menyita harta milik ahli kumpulan itu berjumlah lebih RM6.5 juta termasuk tujuh kenderaan mewah, empat hartanah, 73 akaun, enam jam tangan berjenama serta pelbagai jenis mata wang. - BHarian

Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788