Quantcast
Channel: Wangolds - Underground Forex Traders Begin Here - Viral Isu Harian Berita Malaysia Terpantas, koleksi kantoi nafsu seks bogel liwat cium khalwat airmani gigolo perogol GRO, 999 Kemalangan Pembunuhan Rompak Samun , Mintak Simpati Tolong Viralkan Bantuan, Full Artikel Baca Paper Harian Metro Online High Definition Scan, Bencana Alam Kemusnahan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788

Pemandu Mercedes Seret Mayat Gadis 500 Meter Di Kajang

$
0
0
resim
MAYAT Raja Nur Suhaida Raja Adli terperosok di bawah kereta Mercedes Benz dan kemudian diseret 500 meter dalam kemalangan di Kilometer 27, Jalan Kuala Lumpur-Seremban, Kajang, Selangor, kelmarin. IHSAN JBPM

resim
resim

KUALA LUMPUR 9 Feb. – Bimbang dipukul orang ramai, seorang pemandu yang terlibat dengan kemalangan tidak menyedari menyeret mayat seorang remaja perempuan sejauh 500 meter ketika dalam perjalanan membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Teknologi, Kajang dekat sini malam tadi.

Dalam kejadian pukul 11.30 malam itu, mangsa, Raja Nur Suhaida Raja Adli, 18, meninggal dunia di tempat kejadian selepas motosikal ditunggangi bersama ibunya dilanggar sebuah kereta Mercedes Benz yang dipandu seorang lelaki berusia 63 tahun.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yusof berkata, kejadian itu berlaku apabila mangsa bersama ibunya, Hanifah Kamarudin, 50, yang menaiki motosikal Yamaha Nouvo LC keluar dari simpang di Kilometer 27 Jalan Kuala Lumpur-Seremban.

“Siasatan awal mendapati mereka berdua telah terjatuh menyebabkan mangsa terperosok di bawah kenderaan tersebut.

“Mayat remaja berkenaan hanya disedari lelaki tersebut berada di bawah kenderaannya selepas orang ramai menghentikan kereta lelaki itu kira-kira 500 meter dari tempat kejadian,” katanya di sini hari ini.

Ahmad Dzaffir memberitahu, ibu mangsa dilaporkan mengalami patah kaki dan menerima rawatan di Hospital Kajang dekat sini sementara mayat mangsa pula dibawa ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat.

Jelasnya, polis menahan pemandu kereta terbabit bagi memberi keterangan berhubung kes tersebut selain sampel darahnya diambil untuk ujian alkohol dan dadah.

“Kenderaan suspek juga turut disita dan kes disiasat mengikut Seksyen41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya. - Utusan

Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788