Quantcast
Channel: Wangolds - Underground Forex Traders Begin Here - Viral Isu Harian Berita Malaysia Terpantas, koleksi kantoi nafsu seks bogel liwat cium khalwat airmani gigolo perogol GRO, 999 Kemalangan Pembunuhan Rompak Samun , Mintak Simpati Tolong Viralkan Bantuan, Full Artikel Baca Paper Harian Metro Online High Definition Scan, Bencana Alam Kemusnahan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788

Pengurus Ar-rahnu Didakwa Pecah Amanah Rm400,000 Emas Digadai Pelanggan

$
0
0
resim
PENGURUS cawangan pos Ar-Rahn Mentakab, Mohd. Abdul Malik Awang, 30, dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Temerloh di Temerloh Pahang hari ini selepas dihadapkan ke mahkamah atas 28 tuduhan pecah amanah berjumlah RM440,409 tahun lalu. - UTUSAN ONLINE/ ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN

TEMERLOH 9 Feb. - Seorang pengurus cawangan pos Ar-Rahnu di Mentakab dekat sini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Temerloh di sini hari ini atas 28 tuduhan pecah amanah berjumlah RM440,409 tahun lalu.

Mohd. Abdul Malik Awang, 30, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kesemua  tuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Datin M. Kunasundary.

Mengikut kertas pertuduhan,  Mohd. Abdul Malik sebagai pengurus operasi yang diamanahkan untuk menyimpan barang gadaian pelanggan didakwa melakukan pecah amanah jenayah iaitu dengan curangnya menggunakan barang gadaian pelanggan demi kepentingan sendiri.

Semua kesalahan berkenaan didakwa  dilakukan dari Julai hingga Disember tahun lalu.

Kunasundary mengenakan jaminan RM5,000 bagi setiap kes dan sebutan semula pada 7 Mac ini. - Utusan

Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788