Quantcast
Channel: Wangolds - Underground Forex Traders Begin Here - Viral Isu Harian Berita Malaysia Terpantas, koleksi kantoi nafsu seks bogel liwat cium khalwat airmani gigolo perogol GRO, 999 Kemalangan Pembunuhan Rompak Samun , Mintak Simpati Tolong Viralkan Bantuan, Full Artikel Baca Paper Harian Metro Online High Definition Scan, Bencana Alam Kemusnahan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788

Pau Bentuk Durian Pula Jadi Viral

$
0
0
Muncul pula pau durian


resim
Hassan menunjukkan pau durian yang telah siap dimasak.

resim

resim

DURIAN merupakan raja buah dan menjadi kegemaran kebanyakan rakyat Malaysia dari pelbagai bangsa.

Disebabkan itu, pelbagai jenis makanan dihasilkan dalam usaha untuk mempelbagaikan inovasi durian dalam makanan dan minuman.

Baru-baru ini, pau durian tular di laman sosial Facebook sehingga menjadi rebutan orang ramai untuk tidak melepaskan peluang menikmatinya sendiri.

Hasil pembangunan dan penyelidikan (R&D), sebuah syarikat tempatan ini hadir dengan melahirkan idea unik menghasilkan pau durian.

Berikutan tularnya pau durian, maka semakin rancak ejen-ejen berniaga di laman-laman sosial, pasar malam dan pasar tani.

Bagi penggemar durian, sudah pasti akan tertarik dengan rupa bentuknya yang unik seperti durian.

Unik dan pertama di Malaysia

Tarikan utama pau durian dalam kalangan orang ramai adalah kerana rupa bentuknya yang unik dan lain daripada yang lain.

Afiqah Zainordin, 21, berkata, dia tidak pernah lagi melihat pau dalam bentuk durian dan intinya mempunyai rasa serta bau durian.

"Ini adalah pertama kali dalam hidup selama 21 tahun dan rasanya antara yang pertama di Malaysia.

"Bagi saya rasanya sedap dan memang sesuai dengan rupanya yang seakan-akan durian," katanya.

Sementara itu, Siti Faridah Arif, 34, berkata, dia yang sememangnya penggemar durian tidak melepaskan peluang untuk merasainya sendiri.

Menurutnya, dia membeli pau durian secara atas talian (online) dengan rakan Facebooknya pada lima hari lalu.

"Saya mendapat tahu tentang pau ini dari laman sosial hasil perkongsian rakan-rakan Facebook.

"Selepas melihat bentuknya dan komen rakan-rakan tentang rasanya, saya pun membeli untuk mencuba sendiri," katanya.

Menurutnya, bentuknya sememangnya seperti durian dan berinti kaya dicampur dengan durian segar D24.

"Bagi saya, rasanya sedap, lembut, bau durian yang segar dan rasa durian sebenar.

"Walaupun selepas dimasak, bau dan rasa durian itu masih segar," katanya.

Siti Faridah berkata, dengan harga yang berpatutan sememangnya berbaloi untuk dinikmati oleh penggemar pau.  

Baru dua minggu dalam pasaran

Pau Pak Hassan mengambil masa selama dua bulan bagi menghasilkan pau durian yang benar-benar memenuhi cita rasa pelanggan.

Pengasasnya, Hassan Ahmad berkata, dia mendapat idea untuk membuat pau durian kerana ia merupakan buah kegemaran rakyat Malaysia, pada masa yang sama perlu tampil dengan inovasi baharu dalam perniagaannya.

"Zaman sekarang kita perlu bawa perubahan dalam makanan yang dihasilkan kerana orang suka benda unik dan lain daripada yang lain.

"Oleh itu, kami hasilkan pau bentuk durian ini dengan menggunakan inti campuran durian segar D24 dan kaya durian," katanya kepada Sinar Harian, ketika ditemui baru-baru ini.

Menurutnya, pau durian ini dijual dengan harga runcit RM3.50 sebiji menerusi 30 ejen berdaftar di seluruh negara.

Katanya, pau durian ini dihasilkan 100 peratus tanpa mesin di kilang yang terletak di Bandar Bukit Puchong.

Hassan berkata, sejak berada dua minggu di pasaran, jualan pau durian meningkat sebanyak 20 peratus iaitu antara 1,500 hingga 2,000 biji sehari.

Pau Pak Hassan menerima permintaan tinggi daripada pelanggan, bagaimanapun, setakat ini, katanya, hanya mampu mengeluarkan pau mengikut permintaan.

"Kesukaran kami adalah untuk membuat bentuk durian yang menyebabkan kapasiti pengeluaran perlahan.

"Bentuknya tidak boleh dibuat menggunakan mesin, kami terpaksa menggunakan tangan," katanya.

Mengulas berhubung sasarannya, Hassan berkata, pau durian ini telah memasuki pasaran Singapura dan Australia.

Pun begitu, katanya, pihaknya perlu memberi tumpuan kepada pasaran tempatan terlebih dahulu berikutan kekurangan kapasiti pengeluaran.

Menurutnya, syarikat itu menyasarkan untuk ke pasaran China tetapi tidak perlu terburu-buru buat masa ini.

Hassan menjangkakan pau durian akan terus mendapat sambutan pelanggan dalam tempoh satu tahun. - Sinar

Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788