Quantcast
Channel: Wangolds - Underground Forex Traders Begin Here - Viral Isu Harian Berita Malaysia Terpantas, koleksi kantoi nafsu seks bogel liwat cium khalwat airmani gigolo perogol GRO, 999 Kemalangan Pembunuhan Rompak Samun , Mintak Simpati Tolong Viralkan Bantuan, Full Artikel Baca Paper Harian Metro Online High Definition Scan, Bencana Alam Kemusnahan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788

Guru Agama Didakwa Kerana Mencarut Dalam Whatsapp

$
0
0
resim

PETALING JAYA: Seorang guru agama mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas pertuduhan mengaibkan kehormatan tunangnya dengan mencarut melalui aplikasi Whatsapp, dua minggu lalu.

Tertuduh, Mohammad Azizi Iqmal Abdullah, 41, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan ke atasnya di hadapan Majistret Nurshahirah Abd Salim.

Terdahulu, lelaki mualaf itu dilihat tenang sepanjang prosiding di dalam kandang tertuduh.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mengaibkan tunangnya yang berusia 37 tahun dengan menghantar mesej yang mengandungi perkataan mencarut dan menghina melalui WhatsApp.

Tertuduh juga menghantar mesej, yang antaranya berbunyi 'ko siap ko, aku akan bunuh ko, anak ko, aku bunuh diri aku sekali, ko tengok apa aku buat, ko tengok'.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Kondominium Koi Tropika, Batu 13 1/2, Jalan Puchong, di sini, pada jam 9.15 malam, 28 Januari lalu.

Dakwaan kes dilakukan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Abu Arsalnaa Zainal Abidin, tidak menawarkan sebarang jaminan kerana ketiadaan penjamin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 14 Mac depan untuk sebutan semula kes. - BHarian

Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788