

Imej menunjukkan fosil ikan cicak tertanam di dalam batu di sebuah biara. - AGENSI

The species, named the Candelarhynchus padillai after Colombian monastery in which it was discovered, lived around 90 million years ago.

FOSIL ikan purba ditemui di atas laluan pejalan kaki sebuah biara di Colombia. AGENSI
BOGATA, Colombia – Seorang kanak-kanak lelaki berjaya menemui satu fosil ikan purba yang dianggarkan berusia 90 juta tahun di dalam sebuah biara abad ke-17 di sini.
Kanak-kanak itu, Rio Santiago Dolmetsch, 10, membuat penemuan itu ketika mengikuti satu lawatan di Biara La Candelaria dekat sini sebelum melihat bentuk seekor ikan tertanam di dalam seketul batu di kawasan laluan pejalan kaki, kira-kira tiga tahun lalu.
Dia kemudiannya merakam gambar penemuan itu dan menunjukkannya kepada sekumpulan pakar di Pusat Penyelidikan Paleontologi iaitu sebuah muzium yang menjalin kerjasama untuk mengkaji fosil dan melindungi penemuan di wilayah berkenaan.
Kumpulan pakar itu mendapati ia adalah fosil ikan cicak yang pertama kali ditemui di kawasan tropika benua berkenaan, memetik laporan National Geographic.
Fosil itu kemudiannya dinamakan sebagai Candelarhynchus padillai dan ia sedang dikaji oleh sekumpulan penyelidik Universiti Alberta di Edmonton, Kanada. – Agensi/Kosmo