
ANGGOTA bomba memeriksa kesan kebakaran selepas bom petrol dilempar ke arah mesin pam di stesen minyak di Jalan Kuching-Kota Samarahan, tengah malam tadi.
KOTA SAMARAHAN: Tindakan pantas pekerja sebuah stesen minyak di Jalan Kuching-Kota Samarahan berjaya menyelamatkan premis itu daripada terbakar selepas dilempar bom petrol, tengah malam tadi.
Dalam kejadian pada jam 12.07 tengah malam itu, dua lelaki bermotosikal datang ke stesen minyak berkenaan.
Sebaik menghampiri mesin pam, pembonceng tiba-tiba menyalakan sumbu bom petrol yang diletakkan dalam sebuah botol lalu melemparkannya sebelum memecut lari.
Melihat api menyala dekat dengan pam itu, dua pekerja segera menyembur debu kering dan berjaya memadam api sebelum menyambar mesin pam berkenaan.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, berkata sebaik menerima panggilan pada jam 12.07 tengah malam, 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Samarahan dikejarkan ke lokasi.
"Berikutan kebakaran sudah berjaya dipadam, pihak bomba hanya membuat pemantauan dan mengambil maklumat untuk memastikan tiada lagi punca api yang boleh mencetuskan kebakaran," katanya. - BHarian
====
17 Jan - KUCHING : Pada jam 00:07:30hrs, kawalan BBP Kota Samarahan telah menerima panggilan kebakaran di alamat Stesen Minyak Shell Zuna Enterprise, Jalan Kuching-Kota Samarahan,Sarawak.
Komander operasi melaporkan jentera pertama telah tiba dilokasi pada jam 00:25:00hrs, kebakaran melibatkan berlaku pada bahagian luar pam no 1 di Stesen Minyak Shell Zuna Enterprise,Jalan Kuching-Kota Samarahan,Sarawak dan kemusnahan kurang daripada 10%.
Kebakaran berjaya dipadamkan oleh pekerja stesen minyak menggunakan 2 unit tabung alat pemadam api jenis Debu Kering (APA) mudah alih.
Mengikut maklumat daripada pekerja dan pengurus stesen minyak tersebut ada (02) dua orang yang tidak dikenali telah melontar bom petrol ke pam minyak berkenaan sebelum melarikan diri menggunakan motosikal.
Pihak bomba membuat pemantauan dan mengambil maklumat dengan memastikan tiada lagi punca api yang boleh mencetuskan kebakaran.
Balai yang terlibat :
*BBP Kota Samarahan:*
1 x FRT seramai 8 anggota diketuai oleh PBK II Kam Bin Leman
1 x Emrs - 3 anggota
*Komander Operasi:* PBK II Kam Bin Leman
*Punca Kebakaran masih dalam siasatan
*info dari Pusat Gerakan Operasi Negeri Sarawak.*

