Quantcast
Channel: Wangolds - Underground Forex Traders Begin Here - Viral Isu Harian Berita Malaysia Terpantas, koleksi kantoi nafsu seks bogel liwat cium khalwat airmani gigolo perogol GRO, 999 Kemalangan Pembunuhan Rompak Samun , Mintak Simpati Tolong Viralkan Bantuan, Full Artikel Baca Paper Harian Metro Online High Definition Scan, Bencana Alam Kemusnahan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788

Gadis Tingkatan 5 Diserang Histeria Hingga Jatuh Bangunan Sekolah

$
0
0
resim
Pelajar yang terjatuh dari bangunan sekolah pagi ini menerima rawatan di Hospital Hulu Terengganu. - UTUSAN ONLINE

HULU TERENGGANU 16 Jan. - Seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di sini, cedera akibat terjatuh dari tingkat satu bangunan sekolah kira-kira pukul 7.20 pagi tadi dipercayai akibat diserang histeria.

Pelajar tingkatan lima itu yang baharu ditukarkan bersekolah di sini dikatakan mengalami kemurungan sejak dua tahun dan sering berhalusinasi.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud memberitahu, mangsa yang dalam keadaan sedar telah dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

"Ayah mangsa memaklumkan bahawa mangsa sering kemurungan serta mengalami halusinasi dan ditempatkan di sebuah madrasah untuk membantu memulihkannya.

"Mangsa sebelum ini bersekolah di Kuala Terengganu, belajar di sekolah yang sama dengan adiknya agar dapat ditemani, dan membolehkan keadaannya dipantau," ujarnya. - Utusan

Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788