Ugut pucuk muda, lelaki dipenjara 7 hari, denda RM3,000
![resim]()
Asmawi dihukum tujuh hari penjara dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, di sini, hari ini, selepas mengaku salah mengugut mahu membunuh teman lelaki bekas isterinya.
KUALA TERENGGANU – Tindakan nekad seorang lelaki yang mengugut mahu membunuh teman lelaki bekas isterinya kerana cemburu membawa padah apabila dihukum tujuh hari penjara dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, di sini, hari ini.
Tidak cukup dengan itu, tertuduh, Asmawi Hasni, 39, dari Kampung Duyong Besar, di sini, turut berdepan tiga bulan penjara lagi sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.
Keputusan dibuat selepas tertuduh mengaku bersalah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah sehingga menimbulkan ketakutan.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mengugut mahu membunuh Muhammad Amirul Azman, 21, di sebuah restoran di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Nerus, kira-kira jam 3.30 petang, pada 8 Januari lalu.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Miky Dunstan Muda di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - Sinar
====
![resim]()
Asisten Komisioner Idris Abd Rafar
KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki bagaikan hilang pertimbangan sehingga sanggup mengugut mahu membunuh bekas isteri bersama kekasihnya dipercayai cemburu selepas mengetahui wanita itu mempunyai teman lelaki baru, dalam kejadian Isnin lalu.
Kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu berlaku ketika mangsa berusia 31 tahun berada di tempat kerjanya di sebuah restoren Gong Badak, Kuala Nerus, sebelum dikejutkan dengan kehadiran bekas suaminya dalam keadaan marah.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar berkata, lelaki berusia 39 tahun mengamuk sebelum memaki hamun wanita itu dipercayai tidak berpuas hati kerana bekas isteri sudah mempunyai kekasih walaupun baru beberapa bulan mereka bercerai.
“Suspek semakin naik hantu setelah ternampak pula teman lelaki baru mangsa yang juga bekerja di tempat sama sebelum bertindak mengugut akan membunuh mereka kerana rasa tidak puas hati terhadap hubungan suci itu tidak akan pernah habis.
“Suspek dikatakan terus mengamuk tanpa menghiraukan orang di sekelilingnya, bagaimanapun hanya melarikan diri sejurus ternampak kehadiran ketua unit keselamatan yang bertugas,” katanya ketika dihubungi.
Idris berkata, mangsa mendakwa ini merupakan kali ketiga dia bersama kekasihnya diugut hendak dibunuh yang mana sebelum ini suspek ada menghantar ugutan melalui peti pesanan ringkas dan peti suara ke telefon bimbitnya.
Disebabkan itu juga, Idris berkata, mangsa mengambil keputusan membuat laporan polis untuk siasatan lanjut kerana bimbang akan keselamatan diri bersama pasangan barunya pada masa akan datang selain merasa tidak selesa dengan gangguan suspek.
Kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah. - Sinar