Quantcast
Channel: Wangolds - Underground Forex Traders Begin Here - Viral Isu Harian Berita Malaysia Terpantas, koleksi kantoi nafsu seks bogel liwat cium khalwat airmani gigolo perogol GRO, 999 Kemalangan Pembunuhan Rompak Samun , Mintak Simpati Tolong Viralkan Bantuan, Full Artikel Baca Paper Harian Metro Online High Definition Scan, Bencana Alam Kemusnahan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788

Budak 6 Tahun Genius Masuk Kolej Permata Pintar

$
0
0
resim
resim
KANAK-KANAK pintar, Izz Imil Shahrum ceria bersama ibu bapanya, Ilya Abdul Aziz dan Shahrum Abdul Ghani selepas mendaftar sebagai pelajar Asas 1 (tingkatan satu) di Kolej Permata Pintar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, semalam. Baru berusia enam tahun, Izz Imil sudah mampu membaca dan mengira dengan tepat serta mengetahui biografi ahli cendekiawan. Dia berjaya melepasi tiga peperiksaan khas untuk membolehkannya mengambil subjek matematik dan kimia di kolej tersebut. 

Lepasi 3 peperiksaan khas untuk ke tingkatan satu

KUALA LUMPUR 15 Jan. - Bagi kanak-kanak seusianya, pembelajaran lebih tertumpu untuk mengenal huruf dan nombor asas tetapi tidak bagi Izz Imil Shahrum.


Kanak-kanak pintar berusia enam tahun itu hari ini mendaftar sebagai pelajar Asas 1 (tingkatan satu) di Kolej Permata Pintar UKM dekat sini.

Melihat keletahnya yang tidak duduk diam, tiada siapa menjangka kanak-kanak berusia enam tahun itu sebenarnya mempunyai pemikiran luar biasa kerana mampu membaca dan mengira dengan tepat, malah boleh bercerita tentang biografi ahli cendekiawan seperti Alexander Graham Bell.

Hari ini, anak tunggal kepada pasangan Ilya Abdul Aziz dan suaminya, Shahrum Abdul Ghani itu menjadi sebahagian daripada 119 pelajar Asas 1 dan 18 orang lagi pelajar Tahap 1 (tingkatan empat) yang mendaftar ke Kolej Permata Pintar UKM di kampus Bangi untuk mengikuti pembelajaran bagi sesi 2018.

Pengarah Pusat Permata Pintar UKM, Prof. Datuk Dr. Noriah Mohd. Ishak berkata, pelajar berkenaan berjaya melepasi tiga peperiksaan khas sebelum diterima masuk sebagai pelajar di kolej tersebut dan merupakan pelajar paling muda sejak kolej itu ditubuhkan kira-kira sembilan tahun lalu.

“Izz Imil memiliki kehebatan dan kebolehan luar biasa untuk menguasai pengetahuan yang lebih tinggi walaupun usianya baharu mencecah enam tahun.

“Pemikirannya menyerupai remaja berusia 16 tahun, sebab itu kita berkeyakinan dia mampu mengikuti pembelajaran di sini,” katanya kepada Utusan Malaysia selepas Sesi Taklimat Pelajar Baharu Kolej Permata Pintar UKM di kampus Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, dekat sini hari ini.

Menurutnya, selepas meneliti dari semua aspek, pihak kolej menetapkan, Izz Imil mampu mengambil dua mata pelajaran iaitu Matematik dan Kimia dan dalam masa sama akan dipantau dari semasa ke semasa sama ada boleh ditambah subjek lain atau tidak.

Yang turut hadir, Pengerusi Persatuan Muafakat Kolej Permata Pintar UKM, Dr. Azman Hamzah dan Pengarah Pusat Psikologi Persatuan Psikologi Amerika Syarikat (APA), Dr. Rena F. Subotnik.

Noriah berkata, pelajar pintar yang menetap di Setiawangsa itu akan berulang alik ke sekolah dan tidak menginap di asrama seperti pelajar lain.

Sementara itu, Ilya yang juga pakar geologi dengan sebuah syarikat gas dan minyak di sini berkata, dia mula menghantar anaknya ke sekolah sejak berusia empat tahun lagi dan sejak itu, sering bertukar-tukar sekolah kerana bosan dengan silibus pembelajaran ditawarkan.

Beliau berharap anaknya dapat meneruskan persekolahan di kolej berkenaan tanpa sebarang masalah.

Dalam perkembangan lain, Noriah berkata, sebanyak 20 buah negara yang kebanyakannya dari Asia Barat termasuk Kuwait, Algeria, Jordan sudah mencontohi sistem pembelajaran yang diamalkan di Kolej Permata Pintar UKM.

“Terbaharu, Kementerian Pen*didikan Kuwait datang bagi melihat konsep pembelajaran di sini dan guru-guru mereka turut ditempatkan kolej ini untuk melihat sendiri dan memastikan pedagogi yang diamalkan dapat diadaptasi secara berkesan oleh mereka,” ujarnya. - Utusan

Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788