Quantcast
Channel: Wangolds - Underground Forex Traders Begin Here - Viral Isu Harian Berita Malaysia Terpantas, koleksi kantoi nafsu seks bogel liwat cium khalwat airmani gigolo perogol GRO, 999 Kemalangan Pembunuhan Rompak Samun , Mintak Simpati Tolong Viralkan Bantuan, Full Artikel Baca Paper Harian Metro Online High Definition Scan, Bencana Alam Kemusnahan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788

Tuntut Rm20 Juta: Rumah Diduduki Atas Tanah Milik Kerajaan

$
0
0
resim
Sebuah rumah lama di Kampung Tanjung Kuala Terengganu masih belum dirobohkan yang merencatkan kelancaran pembangunan semula kawasan itu setelah pemiliknya menuntut pampasan RM20 juta. - UTUSAN ONLINE/AZLAN BAHRUM

resim

KUALA TERENGGANU 15 Jan. - Kerajaan negeri menyerahkan kepada mahkamah untuk memutuskan mengenai tuntutan pampasan seorang pemilik rumah di Kampung Tanjung di sini yang enggan berpindah bagi memberi laluan kepada pembangunan terancang yang sedang diusahakan dalam kawasan pusat bandar raya ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman  berkata, berdasarkan maklumat yang diperoleh, rumah pusaka yang didiami oleh Wan Mokhtar Wan Yusof, 65, bersama keluarganya itu didirikan atas tanah milik kerajaan justeru, pembayaran yang boleh dibuat hanya membabitkan bayaran rumah.

Malah, katanya, kerajaan negeri bersetuju untuk membuat pembayaran maksimum bagi kediaman berkenaan.

"Pertama sekali, itu adalah tanah kerajaan dan penduduk yang lain sudah bersetuju untuk berpindah, jadi terpulang kepada pihak berkenaan memandangkan mereka sudah bawa kes ini ke mahkamah.

"Apabila kita minta dia buktikan yang tanah itu milik dia atau keluarga tetapi sampai sekarang tidak boleh dibuktikan. Apa-apa pun kita tunggu keputusan mahkamah," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai pemilik rumah yang mahu menuntut pampasan berjumlah RM20 juta, Ahmad Razif berkata, itu terserah kepada penilaian sendiri.

Baru-baru ini media melapurkan, lelaki berkenaan nekad tidak mahu berganjak sekiranya pampasan RM20 juta yang diminta tidak ditunaikan kerana mendakwa tapak rumah itu dibeli oleh ayahnya daripada ibu saudaranya pada 1977 namun gerannya hilang.

Wan Mokhtar yang dilaporkan turut mempersoalkan bagaimana tiada rekod mengenai tapak itu di Pejabat Tanah menyifatkan pampasan bernilai RM20,000 yang ditawarkan sebelum ini tidak munasabah berikutan tanah dan rumah yang didiami berada di kawasan pusat bandar. - Utusan

Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788