Quantcast
Channel: Wangolds - Underground Forex Traders Begin Here - Viral Isu Harian Berita Malaysia Terpantas, koleksi kantoi nafsu seks bogel liwat cium khalwat airmani gigolo perogol GRO, 999 Kemalangan Pembunuhan Rompak Samun , Mintak Simpati Tolong Viralkan Bantuan, Full Artikel Baca Paper Harian Metro Online High Definition Scan, Bencana Alam Kemusnahan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788

Mat Kantin, Individu Didakwa Kawal Tender Sekolah

$
0
0
resim

KUALA LUMPUR - Jika kita mendengar perkataan Mat Kantin, apakah yang kita fikirkan? Mungkin kita membayangkan seorang ‘brother’ yang bekerja di kantin atau tauke kantin tersebut, dan mungkin juga nama itu sinonim dengan orang yang suka melepak di kantin. Namun semua tafsiran itu tidak benar.

Mat Kantin kali ini bukan Mat biasa-biasa. Dia ini seorang yang mempunyai kuasa ke atas kantin-kantin terutamanya kantin sekolah. 

Salah seorang pengusaha kantin sekolah yang hanya mahu dikenali sebagai Din berkata, Mat Kantin ini amat terkenal dan dakwanya jika mahu 'masuk' tender kantin, pengusaha sepertinya perlu melaluinya dan bayaran ‘pengeras’ tertentu.

Kata Din lagi, pengerasnya adalah 5 peratus daripada harga yang dibuka dan ia seolah-olah dibenarkan pihak tertentu.

“Perkara ini berlarutan sudah lama.

Kenapa orang seperti ini dibiarkan berleluasa dan terus merosakkan periuk nasi orang lain. Ia tidak boleh dibiarkan sama sekali, sepatutnya tender diberikan kepada pengusaha yang benar-benar layak.

“Satu lagi, bayangkan pengusaha kena ‘beri’ lima peratus daripada harga.

Jika RM100,000 kena bagi RM5,000 bagi satu sekolah. Jika ada 100 sekolah macamana pula? Bayangkan Mat Kantin ini ‘kenyang’,” katanya kepada Sinar Harian.

Kata Din lagi, selain tender kantin sekolah, Mat Kantin ini juga dikatakan menentukan tender keselamatan.

“Rakan-rakan pengusaha lain juga mengeluh. Kami pernah selidik syarikat yang dapat tender. Memang saya terkejut apabila tahu syarikat yang dapat itu baru ditubuhkan dan ada RM2,000 saja dalam bank.

“Kenapa perlu sampai ke tahap ini. Jika mahu bagi tender dengan semua saya faham, tapi biarlah agih sama rata dan paling penting adalah makanan yang disediakan di sekolah menepati standard sepatutnya dan murah,” katanya.

Sementara itu, saban tahun, ibu bapa pastinya mengeluh mengenai perbelanjaan sekolah anak yang semakin meningkat. Apabila harga makanan semakin tinggi, perbelanjaan sekolah secara tidak langsung turut meningkat.

Bayangkan jika seorang murid terpaksa membawa RM5 sehari, berapa nilai ditanggung ibu bapa yang ada tiga anak bersekolah. Sudah tentu kos sara hidup meningkat setiap bulan.

Semua patut mengakui makanan di kantin sekolah perlulah dengan harga paling rendah. Jangan pula pengusaha kantin terikut-ikut dengan 'tarian' kedai makanan di luar. Adakah peningkatan harga berlaku kerana pengusaha kantin adalah individu yang sama dengan kedai makan di bandar?

Sepatutnya sekolah memilih pengusaha yang boleh meletakkan harga paling rendah dan bukannya mereka yang boleh memberi harga sewaan paling tinggi!

Tahun lalu, Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P Kamalanathan menegaskan kementeriannya akan mengambil tindakan ke atas mana-mana pengusaha kantin sekolah yang sewenang-wenangnya menaikkan harga jualan mereka hingga membebankan murid atau pelajar.

Kata Kamalanathan lagi, pihaknya turut mengalu-alukan ibu bapa membuat aduan sekiranya terdapat kantin sekolah yang meletakkan harga terlalu tinggi.

“Pengusaha kantin perlu menjual makanan dan minuman seperti yang dipersetujui dalam tender masing-masing dan tidak boleh menaikkan harga sewenang-wenangnya.

“Sekiranya aduan diterima, kita akan menyiasat dan tindakan tegas boleh diambil ke atas pengusaha yang gagal mematuhi jualan harga makanan seperti ditetapkan dalam tender masing-masing,” katanya.

Sementara itu, seorang pengusaha kantin dari sebuah negeri di utara semenanjung yang mahu dikenali sebagai Lan berkata, dalam isu Mat Kantin, perkara yang paling dibimbanginya adalah tahap kebersihan makanan terutama oleh syarikat yang tidak sepatutnya layak.

“Sebagai contoh, syarikat saya ada pengalaman dalam penyediaan makanan di kantin sekolah selama tujuh tahun. Tapi barubaru ini saya gagal dapatkan tender. Syarikat yang dapat itu lebih baru dan pertama kali menyediakan makanan di kantin sekolah.

“Saya tidak mempersoalkan rezeki dia tapi biarlah pilih pengusaha yang ada pengalaman lagipun saya tidak pernah ada sebarang masalah sebelum ini. Saya juga akan pastikan harga makanan kekal rendah walaupun kos lain meningkat,” katanya.

Katanya lagi, pilih kasih atau perlu 'pelincir' seperti isu ini tidak sepatutnya berlaku.

Menurut Lan, jika berleluasa dan menjadi budaya, negara ini dalam masalah dan generasi akan datang yang menjadi mangsa. - Sinar


====

‘Baru saya tahu kenapa permohonan saya gagal’

resim

“KECEWA, terkilan dan sedih. Semuanya saya rasa ketika ini. Saya tak tahu nak gambarkan macam mana”.


Itu luahan seorang kontraktor yang berkali-kali gagal memohon tender dewan makan sekolah dalam tempoh beberapa tahun lalu.

Hanya mahu dikenali sebagai Salleh, awalnya beliau menganggap kegagalan permohonan itu sebagai tiada rezeki.

“Sebagai seorang yang bekerja sendiri, saya akur pada awalnya. Mungkin rezeki belum memihak kepada saya.

“Bagaimanapun, bila tahu perkara sebenar daripada rakan-rakan pemohon lain, rupa-rupanya ada kisah disebalik permohonan itu,” katanya.

Mengimbau permohonan terakhir yang dibuat tahun lalu, Salleh berkata, beliau mengeluarkan modal sebanyak RM900 untuk memohon tiga tender dewan makan dan 14 zon untuk kontrak pembersihan sekolah.

Kata Salleh lagi, beliau sudah mengikut prosedur termasuk hadir di Pejabat Menteri Pendidikan untuk mendapatkan sokongan.

“Saya buat dari A sampai Z. Semuanya teratur. Saya juga mempunyai rekod kewangan yang kukuh untuk permohonan itu.

“Tapi tak sangka kegagalan permohonan itu disebabkan oleh individu digelar Mat Kantin,” katanya.

Beliau berkata, perkara ini seharusnya tidak berlaku dan pihak kementerian perlu mengambil langkah segera bagi memastikan proses pemilihan tender berjalan dengan adil dan telus.

“Tindakan individu itu memberi gambaran yang buruk kepada kementerian. Ini tidak harus berlaku.

“Individu yang layak dipinggirkan hanya kerana wang tepi,” katanya. - Sinar

Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788