Quantcast
Channel: Wangolds - Underground Forex Traders Begin Here - Viral Isu Harian Berita Malaysia Terpantas, koleksi kantoi nafsu seks bogel liwat cium khalwat airmani gigolo perogol GRO, 999 Kemalangan Pembunuhan Rompak Samun , Mintak Simpati Tolong Viralkan Bantuan, Full Artikel Baca Paper Harian Metro Online High Definition Scan, Bencana Alam Kemusnahan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788

Lelaki Ditahan Perkosa 2 Anak Jiran Sekaligus Di Kuantan

$
0
0
resim

KUANTAN: Polis menahan seorang lelaki yang bekerja sebagai kelindan lori kerana merogol dua anak jirannya di Batu 11, Jalan Gambang, dekat sini, 6 November lalu.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, suspek berusia 25 tahun ditahan kira-kira jam 10.30 malam selepas keluarga mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Jaya Gading, di sini, dua hari selepas kejadian.

"Suspek mengumpan mangsa yang berusia lima dan lapan tahun dengan coklat dan wang RM2 sebelum memujuk mangsa menaiki motosikal kononnya untuk bersiar-siar di kawasan sekitar kampung itu.

"Dalam kejadian pertama, suspek dikatakan merogol mangsa di kawasan tangki air Taman Mahkota Aman, dekat sini dan kali kedua, suspek membawa mangsa ke kawasan ladang kelapa sawit berhampiran taman perumahan berkenaan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, petang tadi.

Abdul Aziz berkata, kejadian itu dimaklumkan mangsa kepada kedua ibu bapa mereka sebelum membuat laporan polis.

Katanya, pihaknya mengesan suspek dan menahannya di rumah didiami bersama keluarganya selepas menerima laporan kejadian daripada keluarga mangsa.

"Suspek diberkas sejurus tiba di rumah dan tidak sempat meloloskan diri sebaik menyedari kehadiran pegawai dan anggota kami.

"Berdasarkan semakan pihak polis, suspek tidak ada rekod jenayah lampau dan ujian air kencing juga didapati negatif dadah," katanya.

Suspek kini direman sehingga 28 November bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda jika sabit kesalahan. - BHarian

Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788

Trending Articles