Quantcast
Channel: Wangolds - Underground Forex Traders Begin Here - Viral Isu Harian Berita Malaysia Terpantas, koleksi kantoi nafsu seks bogel liwat cium khalwat airmani gigolo perogol GRO, 999 Kemalangan Pembunuhan Rompak Samun , Mintak Simpati Tolong Viralkan Bantuan, Full Artikel Baca Paper Harian Metro Online High Definition Scan, Bencana Alam Kemusnahan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788

Raja Salman Benarkan, Kini Wanita Saudi Boleh Memandu

$
0
0

resim

RIYADH/WASHINGTON: Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz semalam mengarahkan supaya wanita dibenarkan untuk memandu, menamatkan tradisi konservatif yang dilihat aktivis hak asasi sebagai lambang penindasan pentadbiran diraja ke atas wanita.



Arab Saudi dikritik secara meluas kerana menjadi satu-satunya negara di dunia yang melarang wanita daripada memandu, walaupun pembaikan berperingkat ke atas sesetengah isu wanita sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan kerajaan bercita-cita tinggi menyasar menaikkan peranan awam mereka terutama dalam tenaga kerja.

Walaupun cuba memupuk imej lebih moden sejak beberapa tahun lalu, larangan memandu menjadi noda sekian lama terhadap imej antarabangsa Arab Saudi.

Menurut agensi berita SPA, perintah diraja itu mengarahkan pembentukan sebuah kementerian untuk memberi nasihat dalam tempoh 30 hari dan kemudian melaksanakan arahan itu menjelang 30 Jun 2018.

Ia menyatakan, tindakan itu perlu 'terpakai dan mematuhi standard Syariah', merujuk kepada undang-undang Islam. Ia bagaimanapun tidak memberi butiran namun berkata, majoriti anggota Majlis Alim Ulama Kanan, badan agama tertinggi Arab Saudi, memberi kelulusan.

Sejam selepas pengumuman rasmi Arab Saudi itu, Dutanya ke Washington, Putera Khaled Salman berkata, ia adalah satu hari bersejarah dan besar di pentadbiran diraja itu.

"Saya fikir kepimpinan kami memahami bahawa masyarakat sudah bersedia. Saya fikir ia adalah keputusan yang betul pada masa tepat," katanya.

Reaksi positif segera diterima dari dalam negara dan seluruh dunia dengan Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) mengalu-alukan tindakan itu sebagai 'langkah besar ke arah yang betul.'

Selama lebih 25 tahun, aktivis wanita berkempen supaya dibenarkan memandu, membuat bantahan jalanan, mengadakan petisyen dan menghantar video diri mereka memandu di media sosial. Bantahan itu menjurus tangkapan dan gangguan. - Reuters/BHarian

Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788