Quantcast
Channel: Wangolds - Underground Forex Traders Begin Here - Viral Isu Harian Berita Malaysia Terpantas, koleksi kantoi nafsu seks bogel liwat cium khalwat airmani gigolo perogol GRO, 999 Kemalangan Pembunuhan Rompak Samun , Mintak Simpati Tolong Viralkan Bantuan, Full Artikel Baca Paper Harian Metro Online High Definition Scan, Bencana Alam Kemusnahan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788

Lelaki Kelantan Diarah Hadir Kaunseling Pakai Seluar Pendek Nampak Lutut

$
0
0
resim

PETALING JAYA: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (Jaheaik) mengarahkan seorang lelaki yang berseluar pendek untuk bermain futsal, menghadiri sesi kaunseling mandatori atau akan didenda RM1,000 atas kesalahan menunjukkan lututnya.

The Star Online hari ini memetik seorang pegawai jabatan itu sebagai berkata, umat Islam terbabit tidak perlu membayar denda jika beliau menghadiri sesi kaunseling berkenaan.

Katanya, tindakan itu diambil kerana pihak berkuasa negeri mahu umat Islam berpakaian sopan di tempat awam sejajar ajaran Islam.

Beliau berkata, pelaksanaan etika berpakaian itu hanya untuk umat Islam dan tiada tindakan akan diambil terhadap lelaki atau wanita bukan Islam yang berpakaian sedemikian.

Sementara itu, lelaki terbabit, Wan Khairul Hayyee Wali, 30, berkata beliau diarah menghadiri sesi kaunseling itu bulan depan.

Pekerja kedai borong itu dipetik sebagai berkata, beliau akan dihadapkan ke Mahkamah Syariah dan didenda RM1,000 jika tidak mengikut arahan berkenaan.

The Star Online melaporkan lelaki berkenaan menerima notis itu pada jam 10.45 malam Isnin lalu.

Katanya, beliau cuba menjelaskan kepada penguat kuasa Jaheaik yang beliau keluar dari keretanya untuk membeli makanan bagi isterinya, sebelum pergi bermain futsal.

“Jika saya tidak berhenti untuk membeli burger, saya tidak akan tahu memakai seluar pendek ialah satu kesalahan, walaupun kami dalam perjalanan untuk bersukan.

“Takkanlah mereka nak saya pakai sarung untuk bermain futsal,” katanya sambil menambah beliau bermain futsal dengan seluar pendek sejak zaman sekolah lagi. - FMT

Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788