Quantcast
Channel: Wangolds - Underground Forex Traders Begin Here - Viral Isu Harian Berita Malaysia Terpantas, koleksi kantoi nafsu seks bogel liwat cium khalwat airmani gigolo perogol GRO, 999 Kemalangan Pembunuhan Rompak Samun , Mintak Simpati Tolong Viralkan Bantuan, Full Artikel Baca Paper Harian Metro Online High Definition Scan, Bencana Alam Kemusnahan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788

Rakaman Amoi Terjun Dari Tingkat 5 Hospital Sultanah Bahiyah

$
0
0




resim

ALOR SETAR - Orang ramai yang berada di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini gempar apabila seorang wanita berusia 33 tahun bertindak terjun dari tingkat lima bangunan hospital itu petang ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, wanita tersebut dilihat berdiri di luar tingkap hospital di tingkat lima bangunan sebelum terjun.

Wanita terbabit kemudian kelihatan terbaring di atas bumbung tingkat dua HSB dan dia yang mengalami kecederaan terus dikejarkan ke Jabatan Kecemasan dan Trauma HSB.

Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Datuk Dr. Norhizan Ismail berkata, siasatan awal mendapati wanita terbabit berkunjung ke HSB untuk melawat rakannya.

"Wanita itu terjatuh dari tingkat lima bangunan HSB sebelum terhempas di tingkat 2.

"Dia kini diberi rawatan kecemasan dan dilaporkan stabil serta dalam keadaan sedar," katanya di sini hari ini.

Tambah beliau, ujian X-ray mendapati wanita itu mengalami patah tulang belakang.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Yazri Ismail berkata, berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada ahli keluarga, wanita terbabit dikatakan mengalami masalah mental.

Kejadian tersebut sempat dirakamkan orang ramai dengan rakaman tersebut viral di laman sosial Facebook sejurus kejadian. - Kosmo 

====

Naik tingkat 5, buka tingkap dan terjun

resim
Mangsa patah tulang belakang selepas terjun dari tingkat lima HSB ditemui orang ramai dan petugas hospital di tingkat dua. FOTO tular di media sosial

resim

WANITA sakit mental berusia 33 tahun patah tulang belakang selepas terjun dari tingkat lima Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, hari ini.

Pengarah Kesihatan Kedah Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, dalam kejadian 5.30 petang itu, mangsa difahamkan datang ke HSB untuk melawat rakannya.

Menurutnya, mangsa kemudian naik ke tingkat lima sebelum terjun dan terhempas di tingkat dua.

“Wanita terbabit kini diberi rawatan kecemasan di Jabatan Kecemasan dan Trauma HSB.

“Keadaannya dilaporkan stabil dan masih sedar manakala ujian imbasan mendapati dia patah tulang belakang," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar Superintendan Yazri Ismail berkata, mangsa ke HSB pada waktu melawat kemudian ke tingkat lima dan membuka tingkap sebelum terjun.

“Hasil temubual dengan keluarganya, mangsa disahkan menghidap sakit mental.

“Siasatan lanjut dijalankan dan mangsa kini menerima rawatan di HSB," katanya. - Metro

Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788