Quantcast
Channel: Wangolds - Underground Forex Traders Begin Here - Viral Isu Harian Berita Malaysia Terpantas, koleksi kantoi nafsu seks bogel liwat cium khalwat airmani gigolo perogol GRO, 999 Kemalangan Pembunuhan Rompak Samun , Mintak Simpati Tolong Viralkan Bantuan, Full Artikel Baca Paper Harian Metro Online High Definition Scan, Bencana Alam Kemusnahan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788

Lelaki Pecah Rumah Sekitar Arau Untuk Sara Anak Isteri

$
0
0
resim
TIMBALAN Ketua Polis Daerah Arau, Deputi Superintendan Abdul Samad Othman bersama barangan yang dicuri suspek dalam kegiatan pecah rumah sejak awal tahun ini. FOTO Dziyaul Afnan Abdul Rahman

TINDAKAN lelaki, 22, menjalankan aktiviti pecah rumah di sekitar Arau untuk menyara isteri dan anaknya sejak awal tahun ini mengundang padah apabila ditahan polis, Khamis lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Arau, Deputi Superintendan Abdul Samad Othman berkata, pihaknya yang menjalankan Ops Pintu berjaya menahan suspek di kediamannya di Sanglang.

“Lelaki berkenaan yang berasal dari Mentakab, Pahang dan berkahwin dengan penduduk di sini menjalankan kegiatan itu sejak awal tahun ini.

“Suspek yang tidak mempunyai sebarang pekerjaan tetap dipercayai memecah masuk rumah penduduk sekitar sini dan Air Hitam, Kubang Pasu. Dia juga tidak mempunyai sebarang rekod jenayah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau, hari ini.

Abdul Samad berkata, suspek dipercayai melakukan kegiatan pecah rumah terbabit secara bersendirian.

“Hasil ujian air kencing suspek negatif dadah dan kegiatannya itu sebagai sumber mata pencariannya, malah barangan kemas yang dicuri itu turut diberikan kepada isterinya, 21, untuk dipakai," katanya.

Beliau berkata, isterinya turut ditahan bagi membantu siasatan dan mereka direman bermula Jumaat lalu hingga 28 September ini.

Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. - Metro

Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788