MUAR - Tiga remaja termasuk dua pelajar sekolah ditahan ketika tertidur setelah penat menyelongkar di rumah yang dipecah masuk di Parit Jawa di sini Sabtu lepas.
Ketua Polis Daerah Muar ACP Azman Ayob berkata ketiga-tiga remaja berumur 12 hingga 16 tahun itu ditemui tertidur atas katil di rumah itu oleh pemilik rumah yang baru pulang dari pasar pada 12 tengah hari.
Pemilik rumah tersebut kemudian menghubungi polis dan ketiga-tiga remaja berkenaan ditahan, katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Katanya polis turut menahan dua lelaki berusia 20 dan 40 tahun di Taman Orkid di sini pada 4 pagi Jumaat lalu dan merampas motosikal yang ditunggangi mereka yang dilaporkan hilang di Sungai Rambai, Melaka pada 2009.
Menurut beliau hasil pemeriksaan, polis menjumpai pelbagai peralatan pecah rumah dari dalam beg hitam yang dibawa oleh mereka.
Katanya, dengan penahanan kedua-dua lelaki tersebut polis percaya dapat membantu menyelesaikan beberapa kes rompakan di sekitar daerah ini. - Bernama
http://www.sinarharian.com.my/semasa/tig...bled=false