Quantcast
Channel: Wangolds - Underground Forex Traders Begin Here - Viral Isu Harian Berita Malaysia Terpantas, koleksi kantoi nafsu seks bogel liwat cium khalwat airmani gigolo perogol GRO, 999 Kemalangan Pembunuhan Rompak Samun , Mintak Simpati Tolong Viralkan Bantuan, Full Artikel Baca Paper Harian Metro Online High Definition Scan, Bencana Alam Kemusnahan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788

Mutakhirbh_harga Saham Akhiri Sesi Pagi Dalam Zon Negatif

$
0
0
Harga saham akhiri sesi pagi dalam zon negatif









KUALA LUMPUR: Harga-harga saham di Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi dalam zon negatif dengan kerugian didahului oleh saham perbankan dan saham berwajaran tinggi terpilih berkaitan indeks, kata peniaga.

Pada rehat tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) kerugian 17.88 mata kepada 1,777.20. Indeks komposit pula bergerak antara 1,773.29 dan 1,791.71 sepanjang sesi pagi.



Maybank turun 30 sen kepada RM10.26 sementara CIMB lega 13 sen kepada RM8.02, dengan kedua-dua kaunter telah menjejaskan petunjuk utama sebanyak 6.5 mata.



Di papan skor, indeks Kewangan lebih rendah 304.41 mata kepada 16,831.02, Indeks Perladangan berkurangan 52.34 mata kepada 8,326.46 dan Indeks Perindustrian susut 18.82 mata kepada 3,027.96.

Indeks FBM Emas lega 138.07 mata kepada 12,365.64, Indeks FBMT 100 lebih rendah 133.02 mata kepada 12,117.23, Indeks FBM ACE berkurangan 49.63 mata kepada 4,997.62 dan Indeks FBM 70 susut 201.69 mata kepada 14,198.99.

Naib presiden kanan/ketua Penyelidikan MIDF Amanah Investment Bank Bhd, Zulkifli Hamzah berkata penjualan besar-besaran telah dijangka memandangkan para pelabur begitu berhati-hati dengan keputusan mesyuarat Rizab Persekutuan AS.

Sementara itu, saham-saham untung mengatasi saham rugi dengan nisbah 85 berbalas 679, dengan 231 kaunter tidak berubah, 604 tidak diniagakan dan 43 yang lain digantung.


Jumlah dagangan ialah 1.026 bilion saham bernilai RM1.340 bilion.

Di kalangan saham aktif, Malaysia Airlines tidak berubah pada 31 sen sementara UEM Sunrise susut 10 sen kepada RM2.76, Dialog Group lega 13 sen kepada RM2.87 dan TH Heavy Engineering turun 1.5 sen kepada 83.5 sen.

Saham-saham berwajaran tinggi, Sime Darby meningkat satu sen kepada RM9.50, Axiata kekal pada RM6.83 sementara Petronas Chemicals dan Maxis, kedua-duanya merosot empat sen kepada RM6.61 dan RM7.05. - BERNAMA



http://www.bharian.com.my/articles/Harga...f/Article/

Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788