Quantcast
Channel: Wangolds - Underground Forex Traders Begin Here - Viral Isu Harian Berita Malaysia Terpantas, koleksi kantoi nafsu seks bogel liwat cium khalwat airmani gigolo perogol GRO, 999 Kemalangan Pembunuhan Rompak Samun , Mintak Simpati Tolong Viralkan Bantuan, Full Artikel Baca Paper Harian Metro Online High Definition Scan, Bencana Alam Kemusnahan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788

Dicekup Tidak Berpuasa

$
0
0
Dicekup tidak berpuasa




KOTA BHARU - Hanya dengan alasan mengalami sakit di bahagian kaki, seorang warga Bangladesh sanggup tidak berpuasa dan makan di khalayak ramai tanpa segan silu di sebuah kedai makan di Padang Tembak, Pengkalan Chepa di sini semalam. 

Akibat tindakannya itu, dia ditahan oleh penguat kuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) dan di serahkan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) untuk tindakan susulan.

Operasi bersepadu yang diadakan itu turut berjaya mengkompaun tiga premis termasuk di Padang Tembak, Cherang dan Jalan Merbau atas kesalahan tidak mempunyai lesen MPKB di samping menjual makanan awal kepada pelanggan Melayu.

Timbalan Pengarah Bahagian Penguat kuasa MPKB-BRI Ramly Che Hussain berkata, perkara ini perlu dipandang serius memandangkan ia boleh mencemarkan imej negeri Islam.

"Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana peniaga yang ingkar memandangkan ia memberi kesan negatif kepada umat Islam.         

                   

“Di samping itu, kita akan mengambil tindakan tegas sama untuk mengkompaun serta menarik lesen mana-mana peniaga restoran Cina yang masih ingkar menjual makanan melalui pintu belakang kepada pelanggan Melayu pada bulan Ramadan,” katanya. 

Beliau berkata, pengusaha kedai makan dan restoran makanan segera yang gagal mematuhi peraturan itu boleh dikenakan kompaun atau denda tidak melebihi RM500.

Garis panduan mengenai peraturan itu telah dihantar kepada semua peniaga dan ia tertakluk di bawah Undang-undang kecil Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) dan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini, katanya.

Beliau berkata, Kota Bharu adalah sebuah Bandaraya Islam, sekiranya terdapat individu-individu yang ditangkap tidak berpuasa oleh pihak berkuasa, ianya merupakan sesuatu perkara yang sangat memalukan.  

                                                

“Di Kota Bharu ini sangat sensitif jika didapati ada orang tidak berpuasa, kerana bandar ini mencerminkan sebuah Bandaraya Islam,” katanya.





http://www.sinarharian.com.my/edisi/kela...bled=false

Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788