Quantcast
Channel: Wangolds - Underground Forex Traders Begin Here - Viral Isu Harian Berita Malaysia Terpantas, koleksi kantoi nafsu seks bogel liwat cium khalwat airmani gigolo perogol GRO, 999 Kemalangan Pembunuhan Rompak Samun , Mintak Simpati Tolong Viralkan Bantuan, Full Artikel Baca Paper Harian Metro Online High Definition Scan, Bencana Alam Kemusnahan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788

Bhdunia_mangsa Gempa Terima Bantuan

$
0
0
Mangsa gempa terima bantuan










Angka korban meningkat, lebih 4,300 bangunan musnah

Blang Mancung: Penduduk di beberapa perkampungan Aceh yang terjejas teruk kerana gempa bumi 6.1 magnitud mula menerima bantuan keperluan semalam.


Banyak jalan raya sudah dibersihkan untuk menghantar bekalan ke perkampungan yang tidak dapat dilalui sebelum ini kerana tanah runtuh, kata agensi bantuan bencana kebangsaan.



Tugas utama kami ialah memasang khemah untuk mangsa gempa. Mereka juga amat memerlukan selimut” Sutopo Purwo Nugroho, Jurucakap agensi bantuan bencana kebangsaan

“Tugas utama kami ialah memasang khemah untuk mangsa gempa. Mereka juga amat memerlukan selimut,” kata jurucakapnya, Sutopo Purwo Nugroho.
Katanya, 30 orang disahkan terbunuh, 12 lagi masih hilang manakala 275 lagi cedera.

Lebih 4,300 kediaman dan bangunan juga rosak.

Empat trak Palang Merah membawa bekalan keperluan ke kawasan yang paling teruk selepas dilanda gempa itu, kata pegawai sebuah pertubuhan bantuan di Aceh, Fauzi Husaini.
Mereka menghantar beratus-ratus tikar, kain tarpal, kelambu dan selimut selain alat memasak, pakaian dan peralatan mandi, katanya.

Gempa yang berlaku mengingatkan semula ingatan kepada bencana tsunami berpunca daripada gegaran hingga mengorbankan 170,000 nyawa di 14 negara pada 2004.

Masjid turut runtuh

Gempa terbaru turut meruntuhkan sebuah masjid di satu kampung menyebabkan enam kanak-kanak sedang mengaji maut.

Palang Merah melaporkan, 5,000 penduduk keluar dari rumah dan ramai yang memerlukan makanan, selimut dan tempat berlindung.

Banyak perkampungan yang terputus hubungan khususnya di Aceh Pusat dan Bener Meriah.

Di kampung Bah, bekalan belum dapat dihantar kerana menunggu pasukan penyelamat membersihkan jalan raya yang ditimbus pasir selepas tanah runtuh berlaku.
“Semuanya kini bergantung kepada takdir,” kata Maliki, bapa seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang dipercayai turut tertimbus.

“Saya mahu melihat anak saya tidak kira dia hidup atau mati,” katanya lagi.
Indonesia terletak di kawasan Lingkaran Api Pasifik yang juga lokasi pelanggaran plat tektonik yang menjadi punca kejadian letupan gunung berapi. - AFP




http://www.bharian.com.my/articles/Mangs...n/Article/

Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788