KUALA LUMPUR: Harga saham di Bursa Malaysia ditutup kukuh hari ini seiring dengan pasaran serantau yang lain, mengambil petunjuk daripada prestasi semalaman pasaran ekuiti AS yang menggalakkan, kata peniaga.
Pada jam 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengukuh 2.13 mata atau 0.12 peratus untuk ditutup pada 1,771.34.
Indeks utama dibuka 0.39 mata lebih tinggi pada 1,769.21 dan bergerak antara 1,768.82 dan 1,774.66 sepanjang hari.
Seorang peniaga berkata masih terdapat lagi kebimbangan berhubung ketegangan politik di Portugal dan Mesir.
Petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI), bagaimanapun, kekal melepasi sokongan terdekat iaitu 1,750, tambah beliau.
Di pasaran serantau, Bursa Saham Shanghai China naik 11.83 mata, JKSE Indonesia lebih tinggi 11.83 mata, Nikkei Jepun turun 36.63 mata dan Straits Times Indeks Singapura menokok 17.63 mata.
Di papan skor, Indeks Kewangan menambah 39.74 mata kepada 16,990.49 tetapi Indeks Perindustrian susut 2.84 mata kepada 2,995.61.
Indeks Perladangan menambah 17.41 mata kepada 8,392.42.
Indeks FBM Emas mengukuh 26.93 mata kepada 12,319.93, Indeks FBMT100 naik 16.75 mata kepada 12,080.76, Indeks FBM Mid 70 mengembang 28.7 mata kepada 14,170.53 sementara Indeks FBM Ace lebih tinggi 74.7 mata kepada 4,708.22.
Saham-saham untung mengatasi saham rugi dengan 487 berbalas 221 sementara 288 kaunter tidak berubah, 570 tidak diniagakan dan 24 yang lain digantung.
Jumlah dagangan berkurangan kepada 1.176 bilion saham bernilai RM1.578 bilion daripada 1.247 bilion saham bernilai RM2.102 bilion semalam.
Senarai saham yang mencatatkan keuntungan, Panasonic Manufacturing menokok 50 sen kepada RM26.00, Aeon Co.(M) Bhd meningkat 38 sen kepada RM16.00 dan Tahps Group lebih tinggi 32 sen kepada RM6.50.
Di kalangan saham aktif, Luster tidak berubah pada 10.5 sen, Ingenuity Consolidated susut setengah sen kepada 8.5 sen dan iDimension Consolidated kekal pada 15.5 sen.
Saham berwajaran tinggi, Maybank menambah empat sen kepada RM10.50, CIMB naik 4.0 sen kepada RM8.29 dan Sime Darby tidak berubah pada RM9.50.
Jumlah dagangan di Pasaran Utama merosot kepada 930.325 juta unit bernilai RM1.538 bilion daripada 936.663 juta unit bernilai RM2.06 bilion pada Rabu.
Jumlah dagangan di pasaran ACE turun kepada 229.779 juta saham bernilai RM37.779 juta daripada 285.714 juta saham bernilai RM40.996 juta semalam.
Waran pula lebih rendah kepada 14.704 juta unit bernilai RM1.902 juta daripada 23.947 juta unit bernilai RM3.81 juta sebelumnya.
Produk pengguna menguasai 49.426 juta saham di Pasaran Utama, produk perindustrian 207.068 juta, pembinaan 74.436 juta, urus niaga dan perkhidmatan 280.740 juta, teknologi 41.012 juta, infrastruktur 31.165 juta, SPAC 25.773 juta, kewangan 88.872 juta, hotel 729,300, hartanah 112.346 juta, perladangan 11.451 juta, perlombongan 213,800, REIT 6.954 juta dan dana tertutup 133,300.
- BERNAMA
http://www.bharian.com.my/articles/Harga...h/Article/