Quantcast
Channel: Wangolds - Underground Forex Traders Begin Here - Viral Isu Harian Berita Malaysia Terpantas, koleksi kantoi nafsu seks bogel liwat cium khalwat airmani gigolo perogol GRO, 999 Kemalangan Pembunuhan Rompak Samun , Mintak Simpati Tolong Viralkan Bantuan, Full Artikel Baca Paper Harian Metro Online High Definition Scan, Bencana Alam Kemusnahan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788

Mutakhirbh_kerajaan Komited Naik Taraf Sistem Pengangkutan Awam Di Sabah

$
0
0
Kerajaan komited naik taraf sistem pengangkutan awam di Sabah









KOTA KINABALU: Kerajaan negeri bersama-sama kerajaan Persekutuan sentiasa komited untuk merealisasikan pelbagai projek dan inisiatif bagi menambah baik dan mempertingkatkan lagi sistem pengangkutan awam yang sedia ada di Sabah.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, berkata kerajaan juga akan melipatgandakan usaha bagi membangunkan infrastruktur dan kemudahan sokongan untuk pengangkutan awam bagi memberi keselesaan kepada rakyat keseluruhannya.



"Oleh itu, saya menyeru kepada semua agensi pelaksana, pihak berkuasa tempatan, pengusaha pengangkutan awam dan sektor swasta supaya memainkan peranan penting untuk mencapai visi pengangkutan awam yang cekap, selamat, mesra penggunan, mudah capai dan mesra alam," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Perkhidmatan Bas Ekspres Bumimas Sdn Bhd di Terminal Bas Inanam, di sini, hari ini.



Teks ucapan beliau dibacakan Menteri Tugas-tugas Khas negeri, Datuk Teo Chee Kang.

Musa yang juga Menteri Kewangan negeri berkata, komitmen pelbagai pihak terutamanya agensi pelaksana dan penguatkuasa amat penting ke arah usaha menaikt araf sistem pengangkutan awam negara, khususnya di Sabah.

Selain itu, Musa juga berkata kerajaan sentiasa berusaha menggalakkan penyertaan lebih ramai bumiputera dalam bidang perniagaan dan keusahawanan, termasuk sektor pengangkutan awam.

Ini selaras matlamat untuk mewujudkan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera (MPPB) yang berdaya tahan, katanya.


Sambil menyambut baik usaha pihak pengurusan Salam Bumimas Sdn Bhd, beliau percaya usaha itu dapat membantu kerajaan mempertingkatkan keselesaan dan kesejahteraan rakyat sekali gus menepati sasaran Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

Beliau turut berharap pengusaha pengangkutan awam akan terus memberikan perkhidmatan terbaik dan berkualiti kepada pelanggan selaras dengan Kod Amalan Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran yang diperkenalkan.

- BERNAMA




http://www.bharian.com.my/articles/Keraj...h/Article/

Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788