Quantcast
Channel: Wangolds - Underground Forex Traders Begin Here - Viral Isu Harian Berita Malaysia Terpantas, koleksi kantoi nafsu seks bogel liwat cium khalwat airmani gigolo perogol GRO, 999 Kemalangan Pembunuhan Rompak Samun , Mintak Simpati Tolong Viralkan Bantuan, Full Artikel Baca Paper Harian Metro Online High Definition Scan, Bencana Alam Kemusnahan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788

30 Kanak-kanak Maut Akibat Penyakit Misteri Di Myanmar

$
0
0
[Image: 05hmdie_1470353335.jpg] 
GAMBAR fail, seorang wanita etnik Naga memandikan anaknya di Lahal.

Yangon: Sekurang-kurangnya 30 kanak-kanak meninggal dunia di barat laut Myanmar sejak pertengahan bulan Jun akibat penyakit misteri yang menyebabkan masalah pernafasan.

“Kami menghadapi masalah ini sejak dua bulan lalu dan belum menerima bantuan daripada kerajaan lagi,” kata seorang pentadbir tempatan, Kay Sai.

Kematian direkodkan di bandar Nanyun dan Lahe di wilayah Naga, 1,300 kilometer dari Yangon, bersempadan dengan Nagaland, India. Kebanyakan mangsa berusia sekecil lima tahun.

Menurut Kay Sai, pegawai kesihatan tidak dapat mengenal pasti penyakit itu yang didapati berjangkit. Ujian darah sudah dihantar ke hospital di Saggaing, namun keputusan belum diperoleh.

Setakat ini tiada tindak balas daripada Kementerian Kesihatan atau Jabatan Pencegahan Penyakit Berjangkit mengenai wabak ini, namun buat masa ini pihak berkuasa tempatan melarang orang ramai mengembara untuk mencegah penularan.

Naga kawasan yang kurang maju dan sering terabai dari segi kemudahan asas penjagaan kesihatan, pendidikan serta infrastruktur. - AP/Metro

Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788