Quantcast
Channel: Wangolds - Underground Forex Traders Begin Here - Viral Isu Harian Berita Malaysia Terpantas, koleksi kantoi nafsu seks bogel liwat cium khalwat airmani gigolo perogol GRO, 999 Kemalangan Pembunuhan Rompak Samun , Mintak Simpati Tolong Viralkan Bantuan, Full Artikel Baca Paper Harian Metro Online High Definition Scan, Bencana Alam Kemusnahan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788

Nabi Palsu Ditahan, Pengikut Bayar Rm600 Untuk Masuk Syurga

$
0
0
[Image: mujabib1.jpg]

JAKARTA: Seorang lelaki yang pernah ditangkap di Jawa Barat tahun lalu kerana mengakui dirinya ‘nabi’, kembali aktif dengan ajaran sesat terbaru yang mengenakan bayaran Rp2 juta (kira-kira RM600) kepada pengikutnya untuk masuk syurga.

Lelaki yang dikenali sebagai Abdul Muhjib itu menjalankan kegiatan dakwahnya di sebuah pondok yang didirikan bersama lima rakannya di kampung Medal Sari di daerah Tegal Waru di Karawang, Jawa Barat.

Kegiatannya terbongkar apabila penduduk yang tidak berpuas hati dengan ajarannya, membuat laporan polis.

Susulan itu, Abdul Muhjib ditahan semalam kerana memperdayakan masyarakat kampung dan dia kini berada di balai polis Karawang untuk siasatan lanjut.

Media dalam talian memetik Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Polis Pangkalan, Kerawang di Jawa Barat, Rahmat Ginanjar sebagai berkata, Abdul Muhjib pernah ditahan polis tetapi dibebaskan kerana berjanji tidak akan meneruskan ajarannya dan bertaubat di hadapan pegawai agama dari Majlis Ulama Indonesia.

Bagaimanapun, dia didapati tidak serik menipu dan mengaktifkan semula ajaran sesatnya pada awal bulan ini.

Katanya, Abdul Muhjib akan didakwa di bawah Pasal Penistaan Agama yang membawa hukuman penjara dan polis masih menyiasat serta mengumpul bukti mengenai penipuannya. - FMT

Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788